BAB 8

1K 23 0
                                    

Seperti di kawasan pengebumian. Sunyi sepi suasana di meja bulat itu. Tya memandang dua wajah di hadapannya silih berganti. Ain mematung, tidak berani bertentang mata dengan Tya. Tegang sekali sehinggalah Nadzhan berdehem mematikan suasana.

"Tak nak panggil waiter ke? Rasanya, pandang menu lagi bagus kot."

Tya menjeling tajam suami di sebelahnya namun Nadzhan buat muka selamba. Tangan diangkat untuk membuat pesanan.

Hanya suara Nadzhan sahaja yang bising membuat pesanan. Waiter yang bernama Rosli itu memandang Tya dan Ain silih ganti.

"Puan berdua tak nak pesan apa-apa?"

Nadzhan mengangkat muka memandang dua wanita di sisinya yang diam itu.

"Sama."

Rosli mengangguk dan terus berlalu. Melihatkan ketegangan yang berlaku, dapat diagak pasti kes madu bergaduh. Rosli menggeleng.

"So." Ayat pertama yang keluar dari mulut Tya setelah lama mendiamkan diri. Wajah Ain dipandang. Rasa macam nak dicincang lumat lumat gadis di depannya itu namun hatinya dikawal.

"You still nak jadi madu I?" soal Tya sambil menjeling suami di sisi. Memberi arahan supaya lelaki itu tidak menjawab bagi pihak Ain.

Ain yang mendengar soalan itu menelan liur. Tangan yang menggeletak diatas pehanya dipandang sebelum perlahan-lahan kepala diangguk.

Tya merengus. Sudah agak jawapan yang diterima. Sempat dia melihat senyuman di bibir Nadzhan.

"You tahukan Nadzhan dah ada anak?"

Ain mengangguk. Masih tidak berani hendak bertatapan dengan Tya.

"You suka budak."

Dahi Ain berkerut. Terasa pelik dengan soalan Tya namun dianggukkan juga kepalanya. Siapa je tak suka budak. Dia sangat sukakan kanak-kanak. Sedari kecil lagi dia berharap untuk mempunyai adik tapi takdir Allah. Ibunya tidak mampu memberinya adik dan jadilah dia anak tunggal.

Bukan Ain sahaja yang pelik dengan soalan Tya, Nadzhan juga pelik dengan soalan isterinya itu.

Tya nampak kerutan di dahi suaminya namun dia buat tidak endah sahaja.

"You kena sayang anak dia macam anak you sendiri. Walaupun suatu hari nanti you mungkin akan ada anak sendiri dengan dia. I nak you tetap sayang Raid sebab I mungkin tidak akan selama-lamanya dengan dia."

Kali ini Nadzhan rasa sesuatu dengan ayat Tya itu.

"Apa maksud you?"

"I sedar tempat I, Nadz. I tak pernah menjadi pilihan pertama you so mungkin I akan disingkirkan andai you terpaksa buat pilihan. So I kena bersiap sedia. I kena set otak I untuk semua kemungkinan yang bakal berlaku."

"I dah cakap tak akan ada perpisahan dalam hubungan kita ni. Kenapa you tak boleh nak faham hah? You tak percayakan I ke?"

Ain membatu melihat pergaduhan suami isteri itu. Jujur dia rasa sangat bersalah. Terasa dirinya sangat jahat. Ain mengambil keputusan untuk pergi namun langkahnya dihalang Tya.

"Duduk Ain. I tak ada la kejam sangat. Semua ni bukan salah you pun. Tangan kalau tak bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, betul tak? So I maafkan you."

Kini Ain berani memandang Tya. Punggungnya kembali dilabuhkan. Terasa lapang dadanya apabila Tya memaafkan dia. Tidak perlulah dia merangkak di padang mahsyar nanti memohon kemaafan Tya.

"Sejak dulu, I selalu tertanya-tanya siapa Ain Nabehah. I nak sangat kenal and jumpa you. I nak tahu kenapa susah sangat Nadzhan nak lupakan you. I nak tahu apa hebatnya you sampai I pun tak mampu challenge."

KERANA DIAWhere stories live. Discover now