BAB 13

1K 21 0
                                    

Tauqif keluar dari biliknya, ceria sahaja wajahnya. Dia menapak menuruni anak tangga. Bilik kerja babanya dituju. Yakin pasti lelaki tua itu menghabiskan masa di situ. Saat ingin masuk, bahunya berlaga dengan pembantu setia Syed Achbar menyebabkan sampul surat di tangan pemuda itu terjatuh. Tauqif membongkok untuk membantu mengambil sampul yang terjatuh namun saat ingin menyerahkan kepada pemiliknya. Pergerakan Tauqif terhenti. Dia pernah nampak pemuda itu di majlis parti yang dia hadir dengan Amira dulu. Lelaki di depannya kelihatan cuak apabila ditenung.

"Ada apa dalam ni?" soal Tauqif. Lelaki yang tidak diketahui nama itu diam. Kebisuan lelaki itu menyebabkan dia yakin isi di dalam sampul itu ada kaitan dengannya.

Tanpa izin, Tauqif mengeluarkan isi sampul. Buntang mata pemuda di depan dia. Berlaku pergelutan antara kedua- duanya namun Tauqif lebih tangkas. Mungkin kerana badannya lebih sado dan tinggi, mudah sahaja dia buat kerja. Buntang matanya melihat foto antara dia dengan Tya di dalam sampul itu. Ada dalam lima keeping semuanya. Semua di tempat yang berbeza. Ada foto semasa di Palace Knight dan selebihnya semasa dia masuk ke dalam bangunan Medina Holdings. Tauqif memandang pemuda di depannya dengan wajah yang garang.

"Apa ni?"

"Saya cuma ikut arahan," jawab pemuda di depan Tauqif tanpa rasa bersalah dan terus berlalu. Tauqif merengus. Pintu bilik bacaan babanya dibuka kasar. Tenang sahaja muka Syed Achbar menyambut kedatangan tak disangka anaknya itu. Dia dengar bunyi bising di luar tadi dan sudah dia agak Tauqif pasti akan cari dia. Dia sudah bersedia dengan jawapan untuk segala soalan Tauqif.

"Apa ni?"

"Duduk la dulu. I akan beritahu semuanya. Tak perlu nak marah-marah. Kita settle kan dengan berbincang."

Tauqif mara ke hadapan. Rasa meluat dia melihat wajah tenang babanya. Kerusi di depan Syed Achbar ditarik. Punggung dilabuhkan. Foto yang ada di tangan di campak atas meja. Syed Achbar lihat foto itu dengan wajah yang tenang.

"Baba pasang spy untuk intip segala pergerakan Qif?"

Syed Achbar mengangguk. Tauqif meraup rambutnya ke belakang.

"Kenapa?"

"I dah cakap I tak nak you berhubung lagi dengan perempuan tu tapi you degil. I tahu I tak boleh kawal you so I do something untuk perempuan tu jauhi you. Tapi tak sangka perempuan tu pun degil. Tak makan saman."

"So baba la yang beritahu Nadzhan tentang hubungan kami? Ni gambar ni nak bagi Nadzhan lagi?"

Syed Achbar menggeleng. Bukan menafikan tapi memang bukan dia yang buat, dia hanya beri arahan. Orang kanannya yang buat. Dia tidak akan kotorkan tangannya dengan buat kerja budak-budak seperti itu. Tauqif ketap gigi mendengar kata-kata babanya, bergerak-gerak rahanganya menahan marah.

"One more, gambar ni bukan untuk budak mentah tu. Ni untuk Tengku Nazri," bisik Syed Achbar dan terus keluar bersama tawanya. Entah apa yang menghiburkan hatinya, Tauqif pun tidak tahu. Dalam masa yang sama, dia bersyukur gambar itu sampai ke tangannya. Kalau tidak, tidak dapat dia bayangkan nasib Tya.

Syed Achbar menoleh saat tangannya menyentuh tombol pintu. Ada perkara yang dia lupa beritahu Tauqif. Harap anaknya itu tidak terkejut dengan kata-katanya.

"Lagi satu, Amira ada contact you lagi."

Tauqif menggeleng. Last dia berhubung dengan Amira masa dia teman wanita itu ke parti hari lahir temannya. Lepas itu terus sepi wanita itu, tertanya-tanya juga dia kemana menghilangnya Amira tapi tidak pula dia rasa nak call. Bagus juga miss talkative tu tak contact dia lagi. Terasa aman dan damai dunia dia. Kalau tak semua benda dia buat Amira persoalkan. Belum tambah dengan jealous lagi. Boleh bikin kepala dia pening.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now