BAB 7

1K 25 4
                                    

Tengku Alina memandang anak dan menantunya silih ganti. Dia menyiku suami di sebelah. Apabila suami di sisi memandang, dia memuncungkan mulut ke arah anak dan menantunya di arah bertentangan. Tengku Nazri mengangkat kening tanda tidak faham dengan isyarat isterinya. Tengku Alina buat muka.

"Kenapa ummi?" tanya Nadzhan. Bukan dia tidak perasan ummi dan walidnya buat apa.

"Nadz dengan Tya okay ke?" soal Tengku Alina berhati-hati. Takut juga dia kalau- kalau Nadzhan marah. Marah sebab menyibuk urusan rumahtangganya.

"Okay je. Nampak macam tak okay ke?"

Soal Nadzhan. Tya di sebelah hanya diam sahaja. Lebih selesa fokus pada hidangan di depan mata. Dia masih sakit hati dengan suaminya. Biarlah Nadzhan bersoal jawab dengan mertuanya.

"Tak de la. Dua-dua diam je. Kot-kot la tengah tak okay."

"Ummi ni. Kita kan dekat meja makan. Adab di depan meja makan kena la hormat dengan makanan. Nikmati rezeki yang Allah limpahkan ni."

Tengku Alina diam sahaja dengan kuliah agama yang dibentang Nadzhan. Tengku Nazri sudah tersengih seperti kerang busuk. Terhibur melihat isterinya diceramah anak sendiri. Sibuk sangat jaga tepi kain anak sendiri, memang kena lah dengan Nadzhan.

Nadzhan mengerling isteri di sebelah. Dah serupa patung cendana. Diam je. Merajuk betul isterinya itu. Ditarik pinggang Tya rapat dengannya dan satu kucupan hinggap di pipi gebu isterinya. Buntang mata Tya dengan tindakan sponton suaminya. Nasib baik mulut kosong, kalau tak dah tersembur semua makanan kat muka Nadzhan.

"Apa abang ni," marah Tya.

"Nak tunjuk pada ummi yang kita okay je."

Tya menjeling geram pada suaminya. Tak berpada-pada betul. Ikut kepada dia je. Bukan Tya tak tahu, sebenaarnya Nadzhan sengaja nak ambil kesempatan. Macam tak faham pulak yang dia tengah merajuk.

                      🍋🍋🍋🍋🍋

Baju yang sudah siap digosok itu digantung di tepi almari. Senang gosok awal-awal supaya besok pagi tak ada la dia kelam kabut. Selesai menggosok baju, seterika disimpan di tempat sepatutnya dan Dina keluar dari bilinya menuju ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Ain.

Jam dinding dikerling dan peha Ain dicuit. Ain mengangkat menoleh Dina. Terganggu fokusnya.

"Bukan kau cakap nak keluar dengan Nadzhan ke hari ni."

Ain menggeleng. Ikutkan memang betul dan dia dah pesan pada Dina pada last minutes Nadzhan cancel.

"Tak jadi. Dia kena bermalam dekat rumah parents dia."

Dina menggaru keningnya. Kaki dinaikkan ke atas kerusi.

"Parents dia tak tahu pasal kau lagi ke?"

Ain menggeleng. Dia tahu Nadzhan masih belum bersedia hendak perkenalkan dia pada umum dan kerana itu dia yakin, hubungan mereka masih belum utuh dan masih goyah.

"Tahan ek kau. Kalau aku la, aku dah paksa dia kenalkan aku dengan parents dia. Jangan tahu cakap je, bukti dan usaha kena ada," Dina mencucuk. Dia mengerling Ain. Nampak tenang sahaja wajah itu.

"Biarlah dia. Aku tak nak paksa dia sangat. Dia terima aku pun aku dah bersyukur. Lagipun aku sedar status aku di mata family dia."

Dina buat muka. Baginya, Ain seorang yang lembap. Tak berani pertahankan hak sendiri. Padahal, jelas-jelas dia bukan perampas. Hanya kerana Tya berstatus isteri, dia hendak mengalah. Dina menggeleng.

"Hey, kau cinta pertama dia tau. Kau kena ingat tu. Kau bukannya perampas. Tya tu yang rampas Nadzhan dari kau. Cuba kalau dulu family Nadzhan tu terima status kau. Kau yang ada dekat tempat Tya. So jangan sesekali rasa kau perampas."

KERANA DIAWhere stories live. Discover now