BAB 17

884 25 2
                                    

Tya keluar dari bilik doktor dengan wajah yang sedikit bercahaya berbanding semasa dia baru sampai tadi. Lega hatinya apabila Doktor cakap anaknya tidak apa-apa. Cuma demam panas biasa sahaja dan nasib baik dia hantar cepat ke hospital. Doktor juga sudah melakukan covid test ke atas anaknya dan keputusan yang keluar adalah negatif.

iPhone di dalam handbag keluarkan. Entah siapa yang call dia semasa dia sedang berurusan dengan doktor tadi tidak diketahui kerana tiada nama pada nombor itu. Melihat ada pesanan melalui WhatsApp, Tya menekan kotak hijau pada skrin telefonnya. Tiada perasaan dia membaca mesej ringkas dari Nadzhan. Dia membiarkan sahaja mesej dari Nadzhan dan iPhone kembali disimpan ke dalam beg. Langkah kaki diatur menuju ke wad yang menempatkan si comel Raid. Sesekali Tya mengeliatkan badannya ke kiri dan ke kanan. Terasa lesu badannya namun dia perlu kuat kan semangat demi anak tersayang.

Setibanya di hadapan pintu wad, Tya menolak daun pintu dengan perlahan. Bukan apa. Dia tidak mahu mengganggu lena anaknya. Langkah kaki diatur menghampiri bondanya yang sudah terlentok di sofa. Timbul rasa kesian di hati Tya. Tentu sahaja bondanya itu penat. Ya la, kalau dia yang muda itu pun rasa penat, apatah lagi bondanya yang sudah separuh abad itu. Tya mengejutkan bondanya dengan perlahan dan penuh santun.

Datin Sri Wardah mencelikkan matanya apabila terasa ada tangan yang merayap di atas tangan kedutnya. Kepala yang terlentok ditegakkan dan duduknya di betulkan. Dia berdehem menghilangkan rasa kelat di tekak.

"Doktor cakap apa?" soalan pertama yang keluar dari mulut tuanya tentu sahaja tentang status kesihatan cucu tercinta.

"Alhamdulillah Raid cuma demam biasa je. Doktor kata dia akan pantau selama dua hari then Raid dah boleh discharge."

Datin Sri Wardah menadah tangan mengucapkan kesyukuran kehadrat ilahi. Risau juga dia kalau ada apa-apa perkara tidak diingini terjadi pada cucu tunggalnya itu.

"Bonda balik la dulu. Rest dekat rumah. Apa-apa nanti Tya call bonda,"ujar Tya. Datin Sri Wardah angguk sahaja tanpa banyak kata.

"Nadzhan dah tahu?" tanya Datin Sri Wardah sebelum mengangkat punggung dari sofa.

Tya menggeleng perlahan. Antara nak tak nak sahaja gelengannya itu.

"Kenapa tak beritahu dia. Raid tu kan anak dia juga. Jangan buat dia jadi macam bapa yang tak berguna."

Tya diam tidak menjawab. Bukan dia tidak mahu beritahu cuma rajuknya masih ada. Sikap dingin Nadzhan buat dia berjauh hati.

"Isu anak ni jangan nak rahsia-rahsia. Anak tu tanggungjawab bersama. Beritahu la dia. Jangan sampai dia tahu dari mulut orang lain."

Tya diam sahaja. Tiada kata mampu di ungkapkan. Betullah apa yang bondanya katanya. Buruk padahnya kalau Nadzhan tahu tentang Raid dari mulut orang lain. Lagipun, Nadzhan kalau cerita tentang Raid ni memang sensitif sikit. Pewaris la katakan.

"Nanti Tya beritahu dia," beritahu Tya pendek. Datin Sri Wardah angguk sahaja. Huluran tangan Tya yang hendak menyalaminya di sambut. Pipinya dilagakan pada pipi Tya.

Usai pemergian bondanya, Tya mengeluarkan iPhone dari dalam tas tangannya. Laman WhatsApp dibuka. Berkali-kali dia membaca pesanan yang dihantar suaminya. Tya jeda. Berfikir perlu atau tidak dia menelefon Ain. Angka yang menunjukkan masa pada skrin telefonnya dilirik. Sudah pukul sebelas lebih, takkan Nadzhan masih belum tidur. Kalau belum tidur pun, mungkin telefon Ain sudah tidak ada di sisi suaminya itu. Tya melepaskan satu keluhan berat sebelum dia mendail nombor Ain.

                         🍋🍋🍋🍋🍋

Mata dilirikkan ke arah skrin handphone yang bercahaya di atas meja. Ain memandang ke arah pintu biliknya yang kini sedang dihuni Nadzhan. Tertutup rapat. Mungkin penghuninya sudah lena dibuai mimpi. Ain yang berniat hendak ke dapur untuk membasahkan tekak menyimpankan niatnya. Langkah kaki diatur menuju ke arah meja kopi di ruang tamu.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now