BAB 21

326 24 6
                                    

(Hadiah buat peminat Kerana Dia.. Terima kasih atas support korang.. Terima kasih juga atas kesabaran korang menanti update tentang cerita ni.. Sempena hari last tahun 2023 ni.. Sis baik hati nak up beberapa bab sebagai tanda terima kasih sis.)

Teragak- agak Ain hendak pulas tombol pintu. Nama yang tertulis di papan pintu di baca. Berbekalkan bismillah, tombol pintu dipulas dan salam dihulur.

"Walaikumsalam," serentak Tya dan Nadzhan jawab. Kedua-duanya melirik ke arah pintu masuk. Ketika itu, Nadzhan sedang menyuapkan Tya bubur. Buntang matanya melihat Ain.

"Ain!"

Mati selera Tya. Tak sangka dengan keadaan dia begini pun Nadzhan masih lagi nak sakitkan hati dia. Tak tahu ke yang dia memang tak boleh tengok muka Ain. Kenapa nak kena jemput perempuan ni lawat dia.

Suapan dari Nadzhan ditepis.

"Kenyang?"

"Tak ada selera," jawab Tya dan kepala terus disandar. Malas nak layan muka acah suci Ain. Disebabkan Ain la dia kena tahan wad. Dia yakin Ain tak sampaikan pesanan dia pada Nadzhan, kalau tak takkan Nadzhan nak tuduh dia bukan-bukan. Laki dia tu bukan gila nak tuduh orang tanpa sebab. Nasib baik iPhone dia mati bateri, kalau tak dah lama dia tunjuk bukti pada Nadzhan. Biar Nadzhan tahu perangai sebenar Ain.

"Tya apa khabar? Sihat?" ramah Ain bertanya. Buah yang dibawa diletakkan di atas meja. Tanpa di suruh, Nadzhan bangun dan di suruh Ain duduk di tempatnya sementara dia ambil tempat di hujung kaki Tya.

"Tak nampak ke I atas katil ni. Orang sihat macam ni ke?"

Terkedu Ain. Berbeza Tya yang dia jumpa di restoran hari tu dengan Tya hari ni. Tya tahu ke dia buang WhatsApp yang Tya hantar hari tu.

"Tya, cakap elok-elok boleh kan?"

"I tak ada mood la nak terima pelawat. You boleh keluar tak, I nak rehat," halus cara Tya menghalau.

Keluhan kecil Nadzhan lepaskan. Serba salah dia pandang muka Ain. Mesti Ain penat sebab seingat dia, semalam semasa dia telefon Ain masih di Kedah.

"Tak apa Ain faham. Ain keluar dulu ya."

Tya terus pejamkan mata. Malas dia nak jawab. Melihat kebisuan Tya, Ain terus bangun. Berkira-kira untuk keluar. Sambil itu matanya melirik Nadzhan kalau-kalau Nadzhan ikut langkahnya tapi hampa bila Nadzhan masih statik di sisi Tya.

"Err.. Nadz, Ain balik dulu ya."

Nadzhan angguk. Tya yang mendengar sudah tersenyum.

Nak suruh laki aku hantar la tu. Dasar perempuan gatal. Kalau dah kategori penyondol tu, perangai sama je. Attention seeker!

Luluh hati Ain, pedih bila Nadzhan lebihkan Tya berbanding dirinya. Dah la tak tanya bila sampai. Tak tahu ke Nadzhan yang dia tidak berehat langsung. Dari Kedah turun TBS, ambil grab dan terus ke Ampang. Tanyalah keadaan dia paling tidak pun ni tak, mata tak lepas dari pandang Tya.

Berkerut dahi Syiqin melihat susuk yang baru keluar dari wad Tya. Sugul wajah wanita itu. Tertanya-tanya juga dia apa yang dah jadi. Ada apa-apa yang berlaku pada Tya ke? Laju langkah kaki dihayun. Tanpa salam, daun pintu dirempuh.

"Tya," cemas suaranya.

Tya memandang dengan wajah cemberut. Nadzhan turut berpaling. Ada je orang yang datang ganggu privasi dia dan Tya. Tak tahu ke orang tengah memujuk ni.

"Kau boleh tak sehari je tak payah jumpa isteri aku."

Melihat keadaan Tya dan Nadzhan, Syiqin dapat agak siapa tetamu tak diundang tadi. Muncung Tya dah menjelaskan segalanya. Geleng kepala dia. Gila betul Nadzhan ni, isteri sakit pun sibuk nak bawa kekasih hati jumpa isteri.

"Nadz, kau bawa Ain jumpa Tya?"

Rambut diraup ke belakang. Tak faham kenapa semua nak salahkan dia padahal dia sendiri terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Ain tadi. Gila apa nak bawa Ain bersemuka dengan Tya sekarang. Tak kena tempat kot.

"Sayang please la percaya, I tak cerita tentang you dekat dia."

"Susah I nak percaya Nadz. Semua kepercayaan yang I dah bagi pada you, you rentap macam tu je. You ingat I nak percaya you lagi?"

"Kali ni memang I tak buat. I tak tahu pun dari siapa dia tahu. Maybe media."

"Media tak tahu Nadzhan. Yang tahu ahli keluarga dengan Hanim je. Siapa lagi yang rapat dengan perempuan tu selain you?"

Rasa diri tidak diperlukan, Syiqin keluar. Beri peluang suami isteri itu selesaikan masalah. Biarlah dia jadi jaga tak berbayar kejap. Jaga pintu supaya tak ada sesiapa masuk.

"Kenapa susah sangat you nak percaya hah?"

"Sakit kan rasanya bila pasangan kita tak nak dengar penjelasan kita?"

Nadzhan pandang Tya. Tahu Tya nak maksudkan tentang isu mereka yang masih belum selesai lagi.

"Lagi sakit bila orang yang kita sayang, kita percaya curang belakang kita."

Sinis senyum Tya. Nadzhan seperti sedang bercakap dengan cermin.

"Bagus la kalau you tahu rasa sakit tu macam mana."

Seperti tertelan gula getah muka Nadzhan. Kepala tak gatal digaru. Sedar kealpaan diri.

"Tya.. I.."

"Dah la Nadz, kalau you nak sangat kahwin dengan Ain tu you kahwin la. Hari ni, besok, lusa I tak kisah dah. You bawa je borang poligami, I tolong tanda tangan. I penat la. Penat dengan hubungan kita yang dah makin hilang seri. Kita dah tak ada kesefahaman Nadz."

"Tya jangan la macam ni. I sayang you, I sayang family kita. Jangan putus asa dengan I."

"Kalau sayang kita tak akan ada dalam situasi macam ni."

"I akan tinggalkan Ain dengan syarat you pun tinggalkan Tauqif."

Bulat mata Tya. Berkerut dahinya. Apa benak sangat otak Nadzhan ni nak percaya yang dia dengan Tauqif memang tak ada apa-apa.

"Tak boleh?" Nadzhan bertanya. Kebisuan Tya menggusarkan jiwa lelakinya.

"Apa yang tak bolehnya. I dah cakap yang I dengan Tauqif tak ada apa-apa kan? You yang tak nak percaya."

"Habis tu kenapa you selalu jumpa dia?"

"Dia yang kejar I. I nak buat apa? Dah berbuih mulut I suruh dia lupakan I tapi dia tak nak."

"Then biar I tolong you. You izinkan?"

Gusar Tya. Kata-kata Nadzhan macam suaminya sedang merancang sesuatu. Bukan baru sehari dia hidup dengan Nadzhan. Dia tahu apa yang bermain di fikiran suaminya itu.

"You jangan buat apa-apa dekat Tauqif."

"Kenapa? Takut? You masih sayang dia kan?"

"I sayang you, I tak nak suami I jadi penjenayah."

Nadzhan diam. Mata redup Tya dipandang dalam cuba mendapat kepastian akan kata-kata isterinya tapi entahlah, egonya terlalu tinggi untuk mengakui ketulusan cinta Tya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KERANA DIAWhere stories live. Discover now