Nila

27 0 0
                                    

Kau buang mereka.
Sedar atau tidak.
Kau ludah mereka.
Mereka tetap sabar.
Kau rasa sebaik habis kau lakukan.
Mereka datang dan kau halau.
Hingga penat dan lali mereka.
Kau rasa kau kuat.
Berseorangan kau teguh.
Angkuh.

Detik berlalu.
Kini mereka bersuka.
Kau hanya melihat.
Kau tahu puncanya adalah kau.
Dan hanya kau seorang.
Hiduplah. Berdirilah. Seorang. Diri.
Lagak gayanya kuat. Bongkak.

Tiada siapa mahu kau.
Dalam kitaran mereka.
Kerna kau adalah nila.
Hanya setitik mampu rosak susu sebelanga.

Kmh.

PerjalananWhere stories live. Discover now