Hilang

189 3 0
                                    

Dinding tidak berbata,
Bumbung tidak bertarup,
Lampu tidak bercahaya.
Terpasak aku ditengahnya.
Disaji ajaran manusiawi mengikut arus sungai.
Begitulah kehidupan,
Kita.

Aku mahu bebas.
Mahu hilang dari pekat.
Mahu kikis jelaga sampai suci.
Mahu ketemu Dia dalam putih seperti mana Dia ciptakan aku.

Sayap aku dicabut mereka.
Katanya tinggi aku terbang, sakitnya jatuh amat perit.
Apa pernah kau terbang atau hanya dengar dari temurun?

Aku mahu hilang.
Mahu ditetas benang pengikat.
Biar hilang semuanya.
Depan belakang atau sekarang, apa bezanya?
Kerna masa depan itu subjektif.
Dan mahu bazirkan detik yang tersisa,
hanya melakar dikanvas?
Tiada guna bila Dia sudah memanggilmu.
Apa yang kau isi sebelum itu?
Hanya lakaran kosong tanpa warna?

Hilang ke dunia tanpa kenal dan dikenal.
Beruzlahlah disana.
Tenang.
Udaranya pasti nyaman.
Kerna sana adalah utopia kamu.

PerjalananWhere stories live. Discover now