Rumahku Syurgaku

227 1 0
                                    

Mahu saja aku ungkapkan I Love You pada kamu.
Ungkapkan dengan terikatnya mataku padamu, terkuncinya hatiku milikmu juga kamu begitu.
Dengan penuh sayang dan cinta hanya kerana Dia.
Aku mahu kamu menemani hidupku.
Menjadi pengikutku.
Menjadi penasihatku.
Menjadi tempat aku melepaskan segala lelah zahir dan batin.

Aku mahu lafazkan Aku Sayang Kamu. Aku Cinta Kamu.
Lafazkan dengan penuh ikhlas dan suci dari hati kerana Dia.
Aku hanya mahu kamu menjadi rumahku syurgaku buat kita dan keluarga kita kelak.
Aku nakhodanya dan kamu kelasinya.

--itu hanyalah mahuku. Mahu yang tidak nyata. Hatimu hanya milik dia yang bagai kera mendapat bunga. Tidak adakah sedikit walau secebis ruang untuk aku didalam hatimu?
Berikan aku hanya satu patah dan aku milikmu begitu juga kamu milikku bersama-sama kita berlayar ke sisiNya.

Aku akan menunggu selagi Dia mengizinkan.

Aku, sayang kamu wahai singgahsanaku.

PerjalananWhere stories live. Discover now