Kita

30 0 0
                                    

Apa makna mata jika tidak melihat?
Apa makna telinga jika tidak mendengar?

Pejamkan mata dari dunia fana.
Pekakkan telinga dari fitnah durjana.
Tapi pandai menilai manusia.
Apa kamu itu melihat dan mendengar dengan hati?
Jika benar, maka tidak berani kamu menilai mereka kerana mereka berbeza dengan kamu.

Jika benar kamu melihat dan mendengar maka tidak ada manusia yang merana.
Jika benar kamu melihat dan mendengar maka tiada anak kecil yang menangis kelaparan.
Jika benar kamu melihat dan mendengar tiada ayah atau ibu yang mencuri kerana ingin menyuap mulut anaknya.
Jika benar kamu melihat dan mendengar, mereka tidak akan berjalan sambil memikirkan hari esok dan mendatang.

Kerna aku adalah hipokrisi yang diprogram sejak bergenerasi. Membezakan hitam dan putih adalah darahku.
Menghukum adalah rutinku.
Fitnah itu adalah zikirku.
Membuka aib adalah mainanku.
Jadi, dimana manusia seagama itu adalah saudara? Ia ada, tapi hanya diatas kertas seperti agamamu diatas sekeping kad.

kmh

PerjalananWhere stories live. Discover now