Sepi

404 4 0
                                    

Berdiri aku menghadap matahari.
Biar membaham isi kulit.
Biar hangit sebelum tiba masyar.
Agar bisa tidak ke Jahannam atau Weil disana.

Kulihat, manusia semuanya berdampingan,
Bersenda tawa sesama mereka,
Aku hanya pemerhati yang solitud,
Tiada apa mahu ditawakan.

Dibawah teriknya membakar,
Kulihat, mereka masih berkasmaran,
Menggalakkan sesama mereka,
Apa tiada mereka takut panas ini menjadi sahabat mereka kelak?

Aku.
Terus berdiri.
Melihat keletah manusiawi.

PerjalananWhere stories live. Discover now