Diampuni

1 0 0
                                    

Diampuni

19/4/2017

Air matamu
Mengalir seperti
Hujan ribut
Yang tidak berhenti

Hatimu sedih
Jiwamu pedih
Hidupmu kosong
Seolah-olah terapung

Kesedihan di hati
Kepedihan di jiwa
Hanya boleh ditangani
Oleh Tuhan Isa

Kekosongan hidup
Hanya boleh dipenuhi
Setelah silap
Semuanya diampuni

Segala silap dan dosa
Perlu diampuni Tuhan
Hanya melalui Korban Darah
Kita dapat bersama Tuhan

Tetapi tidak sebarang
Korban atau darah
Hanya Domba Suci yang terpilih
Iaitu Tuhan Isa yang diterima

Songs From My Heart To Jesus 3Where stories live. Discover now