Perjalanan

1.2K 12 0
                                    


Jauh di suatu tempat, tercipta suatu dunia untuk kau.
Hanya kau dan kehidupan baru.
Mungkin, kau lahir di satu tempat yang salah atau sebagai permulaan kehidupan.

Dalam hidup ini, perlu kau prejudis dan persimis untuk mencari makna setiap kejadian yang berlaku sebelum kau optimis terhadap sesuatu.
Adakah kau hanya mahu hidup dalam belenggu dunia yang fana ini?
Jihat hidup yang ditentukan orang lain sedangkan kau adalah nakhoda kehidupan kau.

Pergilah.
Pergi mencari hidup.
Pergi mencari diri.
Pergi mencari erti penghidupan.
Pergi mencari segala jawapan.
Kenapa perlu kau duduk dan terus bertanya?
Jawapannya ada disana.
Di suatu tempat yang indah.
Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.

Ubah laluanmu.
Perbetulkan hidupmu.
Pertajamkan semangatmu.
Tundukkan nafsumu.
Mulakan sebuah perjalanan.
Perjalanan menuju Dia.

PerjalananTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang