BAB 7 - SCANDAL

1.1K 124 12
                                    

AFEEFA menjeling Hadif yang sedang berdiri di hujung katil. Lelaki itu dengan muka tidak tahu malunya dan bersalah mahu sebilik dengannya dan tidur diatas katil ini.

"Awak tak faham ke apa yang saya cakap? Saya tak nak tidur sebilik dengan awak!" Sudah berulang kali Afeefa menghalang, tetapi Hadif degil. Dia curi-curi masuk juga ke dalam bilik Afeefa. Afeefa lupa, lelaki ini masih ada kunci pendua biliknya.

Sengaja Afeefa tahan kantuk kerana dia takut Hadif akan masuk ke dalam biliknya. Ternyata benar, Hadif masuk ke biliknya dengan kunci pendua. Petang tadi Hadif sudah merayunya untuk membenarkannya tidur sebilik. Memang Afeefa bertegas menolak.

Bantal dicampak ke arah Hadif. Menghalang lelaki itu dari memanjat katil. Tetapi pantas lelaki itu mengelak ke tepi.

"Saya janji tak buat apa-apa. Saya cuma nak tumpang tidur sini dengan Lea je" Hadif cuba memujuk.

"Awak ingat saya percaya?! Nafsu awak tu macam binatang tahu tak?! Awak tak ingat macam mana awak buat saya dulu? Layan saya macam pelacur murahan!" Ucap Afeefa dengan penuh rasa benci dan marah. Tidak puas hati Hadif tidak menganjak, dia memukul tubuh lelaki itu dengan bantal. Walaupun tahu ia tidak mungkin akan terkesan pada lelaki itu tetapi dia cuba untuk menyedarkan Hadif yang dia benci dengan lelaki itu.

Muka Hadif berubah. Dia kalah bila Afeefa mengungkit hal itu. Kalaulah Afeefa boleh lihat betapa menyesalnya dia dahulu.

Afeefa benci dan muak bila melihat wajah Hadif yang naif itu. Baginya sangat munafik. Dulu wajah lelaki itu tidak langsung tercuit senyuman untuknya. Hanya wajah sinis dan kebencian yang terukir di wajah adonis itu. Sekarang, wajah lelaki itu kelihatan seperti tidak berdosa dan muka naif. Suaranya juga berubah dengan penuh kelembutan. Sama seperti Hadif 5 tahun lepas.

Afeefa yakin, Hadif hanya berpura-pura baik untuk menyakitinya lagi. Dia takkan lupa apa yang Hadif lakukan pada dirinya. Dahulu memang dia terlalu berlembut hati memaafkan Hadif setiap kali lelaki itu mengasarinya. Kali ini, dia takkan beri peluang dan maafkan Hadif lagi! Cukup buat dia seperti boneka yang tidak bernyawa! Dia tidak mahu jadi bodoh kerana cinta.

Dia akan buat Hadif ceraikan dia!

Afeefa tersentak bila Hadif menarik tangannya. Mata lelaki itu berlinangan.

"Saya minta maaf... saya tahu dosa saya terlalu besar untuk dimaafkan. Tapi, boleh tak Lea bagi saya peluang untuk saya tebus kesalahan saya? Kalau Lea tak maafkan saya tak apa, tapi bagi saya satu lagi peluang" pinta Hadif. Sudah berpuluh-puluh kali dia mengujar soalan ini pada Afeefa. Tidak jemu dia bertanya supaya Afeefa memberinya peluang.

"Boleh tak awak berhenti berlakon? Saya muak"

Afeefa merentap tangannya dari genggaman Hadif. Dia muak mendengar perkataan 'maaf' dari Hadif. Hadif tidak layak dimaafkan. Hadif pembunuh!

Hadif melihat wajah Afeefa yang tidak berperasaan. Dia mengeluh lemah.

"KELUAR"

Hadif menggeleng. Dia tidak mahu.

"Saya nak tidur dengan awak juga"

"Eh berapa kali aku nak cakap-"

Kata Hadif mematikan ucapan Afeefa.

"Dah berapa hari saya tak boleh tidur Lea. Tolonglah, bagi saya tidur dalam bilik ni. Saya janji saya tak buat apa-apa. Kalau betul saya buat yang bukan-bukan, awak boleh halau saya dari bilik ni. Saya akan keluar dari rumah ni" pinta Hadif. Mahu merayu bagaimana lagi? Dia tidak boleh tidur kerana selalu bermimpi bagaimana dia menyeksa Afeefa dan bermimpi kejadian hitam yang menimpanya 5 tahun lalu. Dulu dia selalu tidur di sebelah Afeefa senyap-senyap. Sekarang dia perlu meminta belas Afeefa kerana wanita ini sudah jarang menggunakan pil tidur.

BUNGA AZALEA 2 : KEMBALI Where stories live. Discover now