BAB 2 - RUMAH

1.2K 77 5
                                    

Seminggu kemudian

"Efa, makan sikit ya" pujuk Wardah. Bubur nasi yang sudah lama sejuk itu disua lagi ke mulut Afeefa namun wanita itu tetap menolak. Dia memalingkan mukanya ke tepi.

"Efa nak makan apa? Ibu masakkan." soal Wardah, cuba untuk memancing Afeefa untuk bercakap.

Namun hampa, wanita itu tetap senyap duduk di atas lantai sambil memeluk lututnya di balkoni luar. Dia lebih suka menghabiskan hari-harinya memandang awan di luar.

"Haa Efa suka makan asam pedas kan? Nanti ibu masakkan, nak?"

Gusar hati Wardah. Afeefa langsung tidak mahu bercakap sejak pulang ke hospital. Hanya diam termenung sahaja. Tidur pun kerap sahaja meracau kerana masih trauma dengan kejadian tragis itu.

"Ibu letak sini, nanti Efa makan ya. Makan sikit pun tak apa. Nanti Efa sakit"

Afeefa diam lagi. Kenapa dia rasa macam dia menyusahkan semua orang? Bukankah patutnya dia mati? Supaya dia tidak menyusahkan semua orang?

Wardah mengeluh. Dia bangun dari bersimpuh. Dia pun bukannya larat lagi. Umur tua-tua macam ni, mula datang penyakit darah tinggi.

Hadif memerhati dari luar pintu bilik. Sejak Afeefa tinggal di rumah ini, dia terpaksa tidur berasingan dengan Afeefa. Terseksa jiwa dan raganya kerana terpaksa tidur di bilik lain. Dengan orang lain pun tidak mahu bercakap, ini pulak dengan dia?

Hari pertama dia tidur sebilik dengan Afeefa, Afeefa sudah melayan dia sedingin-dinginya. Bercakap tidak dibalas. Baru sentuh tangan sedikit, Afeefa sudah menepis dan mengunci diri dalam bilik mandi. Wanita itu seakan takut dengannya.

"Ibu, Efa taknak jumpa siapa-siapa. Efa nak duduk rumah sewa Efa dulu. Efa taknak duduk sini."

"Kenapa Efa? Duduklah sini, ibu risau jadi apa-apa dengan Efa. Bahaya Efa duduk sorang-sorang. Hadif kan suami–"

"Tolong bagi ruang untuk Efa, Efa taknak jumpa dia atau siapa-siapa pun. Please ibu..."

Hadif terdengar perbualan itu. Hatinya sakit mendengar perbualan mereka berdua. Terasa hatinya ditoreh-toreh. Afeefa melayan dia seperti orang asing.

Selepas perbualan mereka itu, ibu terus menyuruhnya balik ke rumahnya sendiri.

"Hadif tak nak. Lea isteri Hadif ibu.." bentaknya.

"Papa..." Hadif cuba untuk meraih simpati dari Qayyum namun bapanya hanya diam dan mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Kalau dia isteri kamu, kamu tak akan layan dia macam sampah selama ni. Cukup-cukuplah seksa Efa! Kalau kamu tak bersetuju, kamu ceraikan dia, Hadif. Ibu rasa ini yang terbaik."

Hadif terpampan. Dia tidak rela Afeefa pergi jauh dalam hidupnya. Dia meramas kasar rambutnya. Buntu dan resah jika dia berpisah dengan Afeefa.

"Hadif takkan ceraikan Efa. Hadif sayangkan Efa!"

"Hadif akan duduk rumah ni jugak! Hadif akan duduk bilik asing!"  usai sahaja berkata begitu, Hadif terus keluar dari rumah dan menangis seperti anak kecil. Sejam dia berada di tasik menenangkan diri.

Balik-balik rumah, Qayyum dah tunjuk bilik baru dia. Semua barang dia memang dah dipindahkan. Memang mereka mahu asingkan dia dengan Afeefa.

Hadif tersentak apabila Wardah berada di hadapannya. Dia cuba untuk tersenyum tetapi ibunya tidak menghiraukan dia langsung. Wardah hanya mempamirkan muka mendatar.

"Ibu..."

"Jangan ganggu Efa" pesan Wardah sebelum turun ke tingkat bawah.

Hadif mengeluh. Bibirnya digigit perlahan.

BUNGA AZALEA 2 : KEMBALI Where stories live. Discover now