BAB 4 - PELUANG

1.3K 88 18
                                    

BAM

Bahu Qayyum terhinjut kecil apabila bunyi pintu pejabatnya dihempas kasar. Matanya memandang ke arah individu yang sedang berjalan ke arahnya.

"Papa intip Hadif kan?" Tanpa basi-basi terus Hadif menyoal.

Qayyum menghela nafas berat. Kerja ditolak tepi lalu dia duduk menyandar memandang wajah merah Hadif. Dia tahu, Hadif pasti marah kerana  mengintipnya. Dia bukan lakukan itu saja-saja. Dia mahu melindungi Hadif. Kerana itu dia mengupah orang untuk mengawasi pergerakan Hadif.

Ting

Mesej dari telefon Qayyum. Qayyum membuka dan membaca sekilas mesej dari orang upahannya tanpa membalas.

Maaf bos, dia dah tahu. Dia ugut saya.

[picture]

Gambar muka dan badan orang suruhannya yang lebam dilihat.

Lagi sekali, Qayyum menghela nafas berat. Teruk juga Hadif pukul orang tu.

"Duduk dulu Hadif"

Hadif berdecit. Dia cuba untuk mengawal barannya di hadapan Qayyum. Dia turuti juga arahan Qayyum untuk duduk.

"Kenapa papa buat macam tu? Papa tak percayakan Hadif kan?"

Dia sudah syak apabila Wardah tahu dia pergi berjumpa dengan Ariana kelmarin. Dia ada perancangan dia sendiri. Boleh gagal rancangannya bila Qayyum menghalang. Patutlah, dia terasa diekori setiap kali dia pergi berjumpa dengan Ariana.

"Papa buat untuk kebaikan Hadif. Papa tak nak Hadif tersilap langkah lagi"

"Hadif tahu apa yang Hadif buat. Untuk kali ini, percayalah Hadif." Rayu Hadif. Dia tidak mahu mereka salah faham. Kerana itu dia rahsiakan perkara ini. Dengan masalah Afeefa, lagi merumitkan keadaan.

"Dengan jumpa janda tu? Ingat papa tak tahu, Hadif bagi dia duduk rumah Hadif? Hadif nak curang lagi? Hampir dua bulan Hadif simpan perempuan tu"

Hadif meraup rambutnya kebelakang.

"Percayalah, Hadif cuma bantu Ariana je. Kesian dekat dia, lagipun Hadif pernah hampir terlanggar dia. Hadif cuma melawat dia dan bagi bantuan sikit. Dia tak ada sesiapa papa. Hadif kesian dekat dia dan anak dia" jelas Hadif.

Imbas kembali.

Mata Hadif berbalam. Kepalanya semakin berat kerana pening kepala. Sudah lama tidurnya tidak cukup. Stereng digenggam kejap.

Tiba-tiba matanya terbuntang bila lihat seorang wanita tiba-tiba melintas.

Skrettt...

Hadif menekan pedal brek mengejut.

"Allah!"

Dengan cemas dia membuka tali pinggang keselamatan dan keluar dari kereta.

"Awak tak apa-apa?!" Soal Hadif cemas. Dia menarik wanita itu bangun duduk dan memerhati tubuh wanita itu jika ada luka dimana-mana.

Wanita itu hanya duduk diam menggigil ketakutan. Mungkin trauma kerana hampir dilanggar.

Suara tangisan bayi di pelukan wanita itu membuatkan Hadif tergamam. Baru dia perasan ada baby di dalam pelukan wnaita itu.

"Anak awak tak apa-apa kan? Mari kita ke hospital sekarang!" Hadif cemas. Dia bantu wanita itu bangun. Hadif sudah trauma melihat mayat bayinya dulu. Dia takut bayi itu cedera atau terhentak kepalanya tadi.

"Saya bawak awak ke hospital, saya pegangkan anak awak" baru sahaja bayi kecil itu mahu diambil dari pegangan wanita itu, tangannya ditepis.

"Ma-maaf. Tapi saya dan anak saya baik-baik sahaja" tutur wanita itu lemah.

BUNGA AZALEA 2 : KEMBALI Where stories live. Discover now