BAB 3 - BABY

1.3K 82 8
                                    


Selepas memastikan semua orang sudah lelap, Hadif berjalan perlahan-lahan memasuki bilik Afeefa. Kunci pendua yang memang sudah dicuri dari tempoh hari dikeluarkan dari poket seluar. Sebab dia tahu, Afeefa akan kunci pintu dan semua orang di rumah ini akan menghalang dia jumpa Afeefa.

Bila pintu sudah berjaya dibuka, dia lihat dahulu keadaan Afeefa. Bila lihat isterinya sudah nyenyak tidur, baru dia menapak masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Perlahan-lahan dia duduk di sisi katil lalu tubuhnya dibaringkan di belakang Afeefa yang tidur mengiring membelakanginya. Dia berkongsi satu bantal dengan Afeefa. Di dalam pelukan Afeefa ada sehelai baju bayi berwarna merah jambu bercorak bunga.

Afeefa mengigau setiap malam menyebut nama Ayla dalam tidurnya.

Hadif memeluk pinggang Afeefa. Hanya waktu malam sahaja dia boleh bertemu dan menyentuh Afeefa. Dia rindukan Afeefa. Dia berani masuk ke dalam bilik ini pun, kerana dia tahu Afeefa akan tidur mati selepas mengambil pil tidur setiap malam.

Itulah rutin Hadif setiap hari, masuk bilik isteri sendiri seperti pencuri. Bila pukul 5 pagi, dia akan jaga dari tidur dan keluar dari bilik Afeefa tanpa diketahui oleh sesiapa.

Tangannya dibawa turun menyentuh perut Afeefa. Tubir mata Hadif bergenang. Dia terkilan kerana tidak sempat melihat dan menjaga Afeefa sewaktu mengandung. Afeefa lalui semua itu seorang diri. Dia seorang yang gagal. Suami yang tidak berguna.

"Hadif rindu Lea sangat-sangat.."

"Maafkan aku" bisik Hadif. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Airmata jatuh ke bantal. Moga Afeefa tidak pelik jika setiap hari bangun dengan bantal yang basah.

"Aysar...Yana" Afeefa mengigau dalam tidur.

Mata Hadif tercelik. Siapa Aysar? Siapa Yana?

"Mana Aysar?" Afeefa meracau lagi.

Bukankah anak mereka bernama Ayla?

Hadif bangun. Hatinya tidak enak. Sebenarnya sebelum ini dia pernah juga mendengar Afeefa meracau memanggil Ayla dan Aysar. Dia juga mencuri dengar perbualan Raihan dengan Afeefa.

*************

"Keadaan dia makin teruk Hadif. Fizikal mungkin tidak, tapi mentalnya. Kehilangan anak sendiri, lagi-lagi didepan mata dibunuh kejam, memang menyakitkan"

Terngiang-ngiang ucapan ibunya. Afeefa seperti orang mati, jasadnya ada tapi jiwanya mati.

Menangis, meraung. Berapa kali dia mahu lari dari rumah. Dia seperti tidak mengenali dirinya sendiri.

Marah semua orang dan tidak percayakan semua orang di rumah itu. Hanya Raihan sahaja yang boleh bercakap dengan Afeefa.

Kenyataan itu pahit untuk ditelan, namun Hadif perlu kuat untuk menerima. Kalau dia sendiri pun lemah, bagaimana mahu menjaga dan memulihkan Afeefa. Dia sendiri tidak habis-habis menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang terjadi. Dia bersalah pada isteri dan anaknya.

"Mana anak aku!"

"Ayla!Aysar!"

Suara jeritan Afeefa kedengaran lagi. Hadif hanya mampu duduk bersandar di depan pintu sahaja. Mahu sahaja di mendakap tubuh Afeefa namun Afeefa sangat membencinya.

Hadif memeluk lutut, menangis.

"Aku minta maaf Lea!"

Menyesal yang tidak kesudahan. Tapi dia belum mampu untuk lepaskan Afeefa. Sanggup dia menerima kebencian Afeefa daripada hilang Afeefa.

Rambutnya diramas kasar.

Dia buntu, perlukah dia...

***********

BUNGA AZALEA 2 : KEMBALI Where stories live. Discover now