BAB 5 - TIKAM

1K 106 10
                                    

Korang sy gurau je🫣. Betullah happy ending tapi sebelum kita nak bahagia mesti kena tempuh cabaran kan? Bukan senang kita nk senang, bukan senang kita nk bahagia. Lagi-lagi Si Hadif tuuu kena ajar cukup2🤫😆

Rajin-rajinlah vote dan komen supaya saya pun terajin nk update.

Ni views ramai dri vote, lagi lembik jari ni nk taip. 😂

*****

"Bisinglah anak kau ni!"

Bahu Afeefa terhinjut terkejut.

Bunyi tangisan bayinya telah menganggu lena lelaki itu.

"Shushhh sayang..." Afeefa panik, cuba meredakan tangisan anaknya. Tubuh anaknya didukung. Bila disua susu, tidak mahu. Lagi kuat dia menangis.

"Ishhh!" Hadif memandang tajam kearahnya. Raut mukanya berubah menakutkan. Afeefa paling takut jika wajah Hadif berubah merah dan matanya memandang tajam. Kerana ketika Hadif berubah begini, dirinya takkan selamat dari diherdik dan diseksa.

Lampin, perut, kaki anaknya diperiksa. Tiada masalah pun.

"Jangan menangis Aysar..." rayu Afeefa. Takut dengan pandangan tajam Hadif. Lelaki itu sudah bangun duduk bersandar di kepala katil.

"Anak mama kenapa? Sayang jangan menangis nanti babah marah" ucap Afeefa separuh berbisik.

Lagi kuat bayi itu menangis sehingga suaranya serak. Sama seperti arwah Ayla dulu, rengekan dan tangisannya tidak berhenti.

Afeefa makin cuak bila dengan derapan kaki di belakangnya.

Tubuhnya dipaling melihat ke belakang.

"Aku kata diam! Diamlah bodoh!"

Zap!

Satu pisau berkilat menikam dada bayi yang berada di dalam pelukannya ini.

Muka Afeefa terpercik darah merah. Matanya membulat!

Menggeletar tubuhnya bila lihat bayinya sudah berhenti menangis. Dia menangis tanpa suara.

Melihat wajah Hadif yang seakan mengejeknya buat dia makin benci.







Mata Afeefa tercelik. Dadanya berdebar kuat. Tangannya mengigil halus.

Terasa hembusan nafas di belakang lehernya bersama rangkulan di pinggangnya buat Afeefa resah. Dia bukan bodoh untuk mengetahui gerangan yang sedang berkongsi satu bantal bersamanya sekarang ini. Dia tak pernah lupa bau Hadif.

Tangan Hadif ditolak perlahan dari pinggangnya, agar lelaki itu tidak terjaga, lalu Afeefa bangun duduk di birai katil. Sering kali dia bangun pagi dengan kesan basah pada bantalnya. Kesan basah air mata. Dia tidak tahu bagaimana Hadif boleh masuk ke dalam biliknya sedangkan dia mengunci pintu biliknya setiap malam?

Setiap malam dia menelan pil tidur kerana trauma dengan kejadian lama. Tapi malam semalam dia tertidur tanpa mengambil ubat tidur kerana terlalu penat menangis. Tidak sangka lelaki durjana ini mengambil kesempatan ke atasnya. Sudah berapa kali dia berpesan supaya Hadif tidak menganggunya lagi.

Mengingat kembali mimpi tadi buat Afeefa rasa takut. Dia mengepal penumbuknya. Hadif lelaki tak guna! Pembunuh!

Dengan kalut, tangannya membuka laci di meja solek. Dia mencari apa sahaja alat yang tajam.

BUNGA AZALEA 2 : KEMBALI Where stories live. Discover now