BAB 1 - SEDAR

1.3K 81 3
                                    

"EH, bila kamu sedar?" soal Fakhrul sebaik sahaja Hadif sampai disitu. Mereka masih di luar bilik Afeefa, terkejut juga melihat Hadif tiba-tiba muncul.

"Tadi, Lea macam mana?"

Fakhrul menggeleng lemah dengan muka sugul.

"Buat masa ni, kamu jangan jumpa dia dulu boleh?"

Hadif menggeleng dengan muka berkerut.

"Kenapa? Papa tak ada hak nak halang Hadif jumpa Lea!" Hadif tidak dapat menahan rasa marahnya. Sebulan lebih Afeefa koma, bila dah sedar dia tak boleh jumpa pulak. Tidak sedar dia sudah menaikkan suara ke bapa mertuanya.

"Hadif!"

Qayyum yang baru sampai itu memarahi anaknya.

"Jangan buat hal lagi Hadif!" tegur Qayyum.

Hadif meraup mukanya.

"Papa, Hadif minta maaf. Hadif tahu papa tak dapat maafkan Hadif lagi. Tapi Hadif tetap nak masuk jumpa Lea" rayu Hadif kepada Fakhrul. Matanya sudah bergenang.

Fakhrul mengeluh perlahan.

"Kami dah maafkan kamu, Hadif. Tapi Efa memang tak nak jumpa sesiapa pun. Dari semalam dia meracau-racau cari Ayla. Hanya ibu kamu dan Raihan je dia nak jumpa" ujar Puan Iris sebak. Afeefa langsung tidak mahu melihatnya bahkan menuduhnya menculik anaknya. Semua orang yang dekatinya akan ditanya mengenai anaknya.

Hadif terdiam. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Walaupun Afeefa tidak mahu berjumpa dengannya, malah membencinya. Dia terima kerana tahu itu salahnya. Namun untuk tidak menatap wajah itu walau sehari, dia tidak rela. Dia mahu bersama Afeefa walau apa pun yang terjadi. Katakan dia lelaki pentingkan diri dan tak berguna, dia tak kesah. Yang penting dia mahu Afeefa sentiasa menjadi miliknya.

**********

'Anak kau bising! Memekak!'

Zap

Zap

Zap

Pisau ditusuk-tusuk ke dada bayi kecil itu.

Darah memercik dimukanya.

Afeefa tersentak. Dia menangis kembali apabila teringat tragedi sadis itu. Dia tidak boleh menerima kenyataan anaknya sudah dibunuh kejam. Didepan matanya sendiri. Dia tidak rela. Dia mahu mati melihat jasad anaknya ditikam berkali-kali didepan matanya.

Terngiang-ngiang suara teriakan dan tangisan bayinya. Ayla terlalu kecil untuk terima semua kesakitan itu.

Kenapa dia tidak mati sekali? Kenapa? Dia tidak boleh terima!

"Ayla..."

"Puan... Puan okay?" lembut jururawat itu bertanya. Dia melihat Afeefa yang seakan gelisah dari tadi. Wanita itu menangis.

Afeefa berpaling ke tepi. Tangan jururawat itu ditarik dan digenggam.

"Mana anak saya?"

Jururawat itu terdiam. Sudah dua hari wanita itu bertanya soalan yang sama padanya. Nak beritahu, serba salah.

"Puan..."

"Ayla mana?! Dia masih hidup kan?" lirih suaranya bertanya. Dia masih berharap itu semuanya hanyalah mimpi.

"Anak puan dah meninggal"

"Puan banyakkan bersabar ya"

Afeefa melepaskan tangan jururawat itu. Dia termenung seketika memikirkan sesuatu.

"Ays–"

"Efa"

Iris dan suaminya tiba-tiba muncul dan memeluk erat tubuh Afeefa.

BUNGA AZALEA 2 : KEMBALI Where stories live. Discover now