Bab 10

592 8 4
                                    

Pagi itu aku bangun untuk bersiap.Baju kurung dan tudung bawal berwarna ungu lembut aku pakai.Sebaik saja selesai menunaikan solat subuh aku bersiap dan tepat pada pukul 7 pagi aku turun ke bawah untuk sarapan bagi mengalas perut sebelum masuk ke kerja pada 8 pagi.

Sebaik saja aku sampai di kawasan parking lalu aku turun dari kereta dan mula berjalan masuk ke dalam bangunan iaitu syarikat tempat Bella bekerja.Melihat Kak Su yang fokus sedang mengisi kehadirannya dalam komputer aku berlalu ke arahnya.

"Assalamualaikum, Kak Su." Aku beri salam kepadanya dengan sopan.Kak Su koyak senyum padaku.

"Bilik Bella ada di tingkat boss juga di bilik nombor 3.Dekat situ sebelum ni Kak Ani duduk tapi Boss pindahkan ke tingkat 3 dan dia juga dah dinaikkan pangkat jaga bahagian akaun syarikat ni." Kata Kak Su sebaik saja menjawab salam dariku dia memberi tahu kedudukan dan bilik.

Kak Ani dan juga Kak Su merupakan antara pekerja yang paling lama berkhidmat di syarikat Tuan Farrel sebelum Syarikat ini dibuka lagi mereka berdua sudah mohon untuk bekerja dengan Tuan Farrel dari awal syarikat ini dibuka secara rasmi dan mereka masih lagi bekerja sehingga kini.

Mereka berdua memegang pangkat antara yang tertinggi.Tuan Farrel juga bebesar hati dengan mereka kerana disaat syarikat ini hampir lingkup akibat terkesan dengan ekonomi disaat Pendemik COVID-19 melanda seluruh dunia syarikat ini juga tak terkecuali dari mengalami kerugian yang banyak kerana syarikat pengeluaran barang dari luar negara tidak dapat membuat penerbangan atau menghantar barangan tersebut ke negara Malaysia malah negara lain juga mengalami krisis yang sama.Semua pusat penerbangan kapal terbang di tutup serta merta ditutup.

"Baik Kak Su saya minta diri dulu.Dah boleh masuk kerja terus, kan sekarang?."Aku bertanya terlebih dahulu.Kak Su hanya mengangguk lalu kaki mula mengatur langkah pergi je lif.Punat nombor 2 ditekan tidak lama lif bergerak naik dan berhenti tepat di tingkat 2 sebaik saja pintu terbuka aku melangkah keluar.

Mata mencari nombor pintu yang tertera nombor 3.Tiba di hadapan satu daun pintu itu nombor dua aku ketuk terlebih dahulu takut jikalau ada orang di dalam dan aku mengetuk sebanyak 3 kali namun tiada sahutan tombol pintu aku pulas dan secara perlahan daun pintu itu aku kuak luas.Tiada orang.Mata aku mula meneliti setiap ruang di dalamnya sederhana besar saiz bilik ini dan barang yang ada di dalamnya semua teratur dan bersih.Sepertinya Kak Ani sudah mengemas dahulu bilik ini sebelum pindah nanti aku perlu berterima kasih kepadanya.

"Bella?" Namaku di panggil membuatku pusing secara spontan ke arah suara itu.Tuan Farrel berdiri di ambang pintu bilik ini.

"Ye saya Tuan?Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soal aku menuju ke arahnya.

"Macam mana bilik ni okay?"

"Okay ni pun dah cukup besar untuk saya dan selesa sangat terima kasih tuan."

"Sama-sama.Baik kamu boleh mula bekerja dan saya ada hantar fail projek baru dekat awak.Kalau boleh siapkan sebelum esok sebab esok pada waktu tengah hari kita ada jumpa dengan client." Kata Tuan Farrel kepadaku.Aku hanya mengangguk faham dengan arahan yang diberi.Sebaik saja menutup pintu bilik aku berlalu ke meja kerjaku komputer bersaiz sederhana besar itu aku tekan punat 'on' tidak lama itu terpancar cahaya dari komputer itu.Setelah itu aku mula membuat kerja dengan tekun.

Masa berlalu begitu pantas tanpaku sedari sudah tiba waktu rehat tengah hari dan kerja yang diamanahkan kepadaku sudah hamoir siap,sejujurnya tidak susah kerana aku pernah bekerja dibidang ini 3 tahun lalu namun kisah itu membuat aku terhenti berinteraksi dengan dunia luar buat seketika.

Alhamdulillah kerana aku sudah sampai ke tahap ini dimana ketika dulu saat jiwa dan batinku seperti tiada lagi harapan untuk aku teruskan hidup namun aku tidak pernah berhenti memohon kepada Sang Ilahi agar memberiku kekuatan dan lapangkan hatiku untuk mengharungi ujian demi ujian dan hari ini Allah SWT menjawab doa yang aku panjatkan setiap hari pada krtika itu.Meski sakit untuk mengahdapnya semua itu tapi aku tidak pernah lupa bahawasanya Allah SWT ada bersamaku menjalani hari-hariku ke depannya.

Lelaki Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now