Bab 8

474 6 0
                                    

Assalamualaikum umi. Pagi.” Aku menyapa umi yang sedang sibuk menyiapkan sarapan.

Waalaikumussalam dah siap dah? Kamu nak gerak bila?”Soal umi masih lagi menggaul nasi goreng sementara aku membuat air panas.

“Lepas makan nanti umi tapi orang tak tahu balik pukul berapa.Jadi makan tengah hari nanti kalau Bella tak balik lagi umi dengan abah makan je dulu ye.”Kataku seraya memberi tahu mereka aku tidak pasti lagi aku habis bila sebab ingat nak cari sampai ada yang boleh masuk kerja.

“Okay la kalau macan tu.Dah siap ni nasi goreng tolong bawa ke depan Bella.” Umi menyuruhku membawa bekas yang sudah berisi nasi goreng ke meja makan.

“Baik umi.”

Suasana di meja makan senyap tidak bersuara masing-masing menikmati sarapan pagi itu hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan sahaja.Tidak lama itu abah memecahkan kesunyian antara kami.

“Bella kamu betul ke dah baik ni?” Soal abah.Aku berhenti seketika lalu muka dipanggung melihat ke arah abah yang menantikan jawapan.Aku berfikir sejenak lalu berkata.

Alhamdulillah, sihat abah.” Senyuman manis aku tayang.Jujur aku katakan aku tidak pasti sebenarnya keadaan diriku bukan pada fizikal kerana kalau dari fizikal memang aku nampak sihat.Tetapi naluri umi dan abah yang lebih mengenali diriku sejak lahir tahu bahawasanya keadaan emosi aku belum sepenuhnya stabil.

Mereka juga sudah beri nasihat supaya aku tidak bekerja dulu buat masa sekarang kerana masih terlalu awal selepas kes aku dan Zafran. Tetapi umi dah abah tidak memaksa aku jika itu keputusan aku maka mereka reda dan merestuinya serta hanya berserah kepada Sang Ilahi saja untuk menjaga aku walau di mana aku berada.Tidak lupa juga aku untuk panjatkan doa buat mereka berdua yang aku cinta dan tiada pengganti mereka agar sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Selesai makan aku terus bergerak ke bandar. Semuanya berjalan lancar setibanya di hadapan satu bangunan besar aku membetulkan sedikit tudung dan menilik wajahku kut lah ada nasi ke melekat kat tepi mulut.Selesai menilik pantulan diri aku terus keluar dari perut kereta dan mula mengorak langkah memasuki kawasan bangunan itu.

Masuk saja pintu utama aku melihat ada seorang wanita yang kelihatan tekun membuat kerjanya.Suasana di dalam pejabat ini  agak riuh rendah semua orang seperti sibuk menyiapkan kerja mereka.Mungkin ada majlis yang bakal berlansung tanpa berlengah aku menuju ke arah wanita tadi.

Assalamualaikum boleh saya bertanya?” Aku menyapa dia dan  perlahan dia memberi tumpuan kepada aku.

Tidak lama bibirnya mengukir senyuman manis kepadaku.Aku membalasnya.

Waalaikumussalam puan nak tanya apa ye?” Dengan penuh adab dia menjawab.

“Saya ada baca tentang iklan kerja kosong yang di edarkan tentang Syarikat ini.Ada lagi ke kerja kosong atau khidmat yang diperlukan?” Soalku.Wanita itu diam seketika mungkin dia mahu mengingat kembali tentang perihal iklan yang aku katakan.

“Oh iklan tu.Memang ada puan dan hanya memerlukan 2 orang saja lagi sekarang.Kalau puan nak mohon kerja saya boleh tentukan tarikh untuk buat temu duga.” Jelas wanita itu.

“Saya nak cuba mohon dulu.” Kataku dan wanita itu hanya mengangguk dan terus duduk semula dan fokus menaip sesuatu di komputer nya.Mungkin menetapkan tarikh yang di katakan tadi aku hanya menunggu.

“Baik puan saya dah dapat tarikh yang kosong maksudnya boss kami tiada meeting di luar jadi boleh untuk membuat temu duga.Sebelum tu saya nak puan baca dulu kertas ni dalam ini ada senarai antara skop atau cara kerja dan tugasan bagi setiap pekerja.” Jelasnya lagi aku mendengarnya dengan tekun nak mohon kerja kena beri komitmen yang baik baru orang nak ambil kerja.

“selepas puan dah habis baca.Puan boleh beri tahu saya sekiranya puan ada pengalaman dalam kriteria skop kerja yang tersenarai ye.” Kepala ku jatuh berkali-kali kerana faham atas arahan yang diberi jadi tanpa berlengah aku meminta diri dahulu untuk ke kafe dan membuat keputusan aku serta membaca senarai yang di beri tadi.

Aku menoleh dan mula mengorak langkah pergi ke kafe yang terletak di bahagian kanan di dalam bangunan itu.

Lelaki Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now