Bab 1 - s1

1.1K 14 11
                                    

"Bella bangun kita dah sampai." bahu disebelah nya di tepuk lembut. Usai itu zafran terus keluar meninggalkan Bella seorang diri di dalam kereta sementara dia membuka pintu rumah.

"Besarnya rumah dia." Tangan di angkat menghalang cahaya lampu yang tumpah di atas muka Bella membuatkan wanita itu terjaga dan penglihatannya tadi sedikit kabur kini kian jelas. Bella membuka pintu secara perlahan kerana dirinya masih dalam keadaan mengantuk. Mana tidak mengantuk kalau seharian suntuk dia menjadi tuan rumah dan juga raja sehari seluruh badannya juga terasa sakit.

Pintu kereta ditutup. Lalu kedengaran derapan kaki menghampirinya laju Bella menoleh ternyata zafran berjalan berdiri di sebelahnya seperti mahu kata sesuatu.

"Boleh tolong angkat semua barang kat belakang? Aku nak naik mandi."Belum sempat Bella menjawab Zafran terus berlari anak masuk ke dalam rumah meninggalkan Bella disitu.

Bella hanya diam seketika. Serius lah dia ni suruh Bella angkat semua, banyak dan semua berat. Terdapat hadiah kahwin dari kawan-kawan mereka dan juga barang keperluan.Tanpa berlengah Bella terus menekan butang hitam di belakang keretanya dan bonet itu buka secara automatik.

"Huh habis pun semua barang.Mana pula dia ni lamanya mandi."Daun pintu di tutup setelah selesai mengangkat ke semua barang ke ruang tamu. Dia berlalu meniti anak tangga naik ke atas.

Pintu di ketuk terlebih dahulu. Kerana Bella tahu Zafran berada di dalam bilik. Hanya mahu memberi tahu kehadirannya. Tetapi tiada siapa menyahut tombol di pulas perlahan daun pintu di tolak tapi baru sedikit terbuka Bella terdengar perbualan suaminya bercakap dengan seseorang di balik talian kedengaran seperti suara wanita.Dia menjenguk di celah pintu yang terbuka sedikit telinga di dekatkan sambil mata hanya memerhati susuk lelaki itu yang berada di koridor bilik Zafran.

"Ye sayang sabar dulu bagi I masa sikit baru je kahwin kan...Tak I tak akan buat dengan dia okay bye. I love you."Senyuman terukir di bibir lelaki itu lalu telefon di jauhkan dari telinga dan di letakkan atas meja. Zafran perasan seperti pintu itu terbuka sedikit dia terus berjalan ke arah pintu.

Bella terkelu seketika. Dia salah dengar ke ni? Atau memang betul apa yang baru saja melalui gegendang telinganya tadi. Kepala berpusing ke kanan ke kiri dia hanya menafikan nya kerana sudah kali kedua dia ada perasaan tidak baik dengan zafran jadi Bella takut itu semua hanya lah bisikan syaitan yang saja hendak memburukkan keadaan.

Usai itu nafas di tarik dan di hembus lembut sebelum daun pintu di tolak baru saja tangan hendak memegang tombol seseorang sudah menarik nya dari dalam.Bella panggung muka ternyata Zafran yang sudah berada di depannya. Mereka bertentang mata seketika sebelum Bella menujukan soalan.

"Awak dah siap mandi?." Soalan di tuju pada zafran untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka berdua.

"Dah. Kau dah siap angkat barang semua?." Zafran hanya berdiri sambil tangan sedang memegang tuala kecil untuk mengeringkan rambutnya dan berlalu menuju ke katil sementara Bella masih tercegat saja di luar bilik. Soalan itu di balas dengan anggukan.

"Erm tadi saya dengar awak bercakap..siapa call?."Bella memberanikan dirinya untuk bertanya kerana dia tidak mahu buruk sangka jadi lebih baik dia tanya terus pada Zafran untuk kepastian.

Lelaki itu hanya diam sambil bermain dengan telefon bimbitnya di atas katil belakang badan di sandarkan pada badan katil kaki di luruskan. Soalan tidak di jawab tergantung tanpa jawapan. Bella turut diam mungkin Zafran tidak dengar apa yang di katakan.

Zafran rasa dirinya di perhati, muka di angkat dan pandang ke arah pintu. Bella masih lagi di depan pintu, Zafran mengeluh kecil telefon bimbitnya di letak di atas meja lampu dan bangun dari katil berjalan ke arah wanita itu. Tangan di seluk ke dalam poket seluar.

Lelaki Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now