Bab 7

517 9 2
                                    

   “Wasiat abah..”

Dahi along berkerut.Seraya mengambil surat itu dari tanganku dan membacanya.Tangan di angkat menggosok tengkuknya keluar keluhan kecil dari dua bibirnya.

“Aku malas nak gaduh pasal benda benda macam ni.Kalau betul dia buat macam tu memang tunggu surat cinta sampai depan rumah je nanti.”Kata along berang tapi ditahan.Lalu bangkit dari duduknya berlalu ke almari untuk menurunkan kotak.

Aku hanya memerhati gerak geri nya dan termenung seketika menghadam apa yang baru di katakan.Aku faham maksud along cuma, aku susah untuk mempercayai kalau itu tujuan dia rela mengahwini ku.Sakit! Jikalau itu kebenarannya.

Ya Allah kuatkan aku untuk mengetahui kebenaran atas semua persoalan yang bermain di dalam fikiranku selama ini.

Aku menolak tepi perasaan itu semua jika di layan mahu menangis aku disitu buat malu je menangis depan along macam budak-budak pula.Aku lansung mengutip semula kertas itu semua dan di masukkan kembali ke dalam kotak lalu di letakkan di sebelah pintu keluar berserta barang yang sudah siap dibungkus.

Hampir 2 jam kami berdua mengosongkan bilik itu dan mengemas semula.Sudah hampir siap tinggal membuang sampah yang telah kami kumpul hasil dari barang yang telah diasingkan dan sudah tidak digunakan lagi.Sementara along membawa turun barang di tepi pintu itu ke dalam kereta.Aku menyapu di setiap pelusuk bilik, setelah selesai lansung mengunci bilik itu dan turun untuk pulang.

Setibanya di muka pintu utama rumah aku berpaling seketika ke ruang dalam rumah itu.Banyak memori yang menyakitkan dan tiada lansung yang membuat aku rasa rindu hendak jejak kaki lagi ke sini cukup lah kisah pahit ku sudah berakhir sampai di sini saja episod kisahku dengan dia.Mungkin dah memang tertulis dia bukan takdir yang terbaik buatku.Tiba masanya untuk aku memulakan hidup baru dan melupakan kisah yang menjadi titik hitam di hidupku.

Pintu dikunci lalu aku terus berlalu ke bahagian penumpang dan masuk ke dalam perut kereta.Tanpa bicara apa along terus memulakan perjalanan pulang ke rumah umi dan abah.

Kereta itu diisi sunyi yang hening tetapi selesa tidak berbicara.Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap melihat langit yang indah terbentang dengan biasan cahaya senja yang membuatku berasa tenang melihatnya.

“Bella okay?” Soal along menoleh sekilas dan kembali fokus pada jalan.

“Okay je.” Soalannya aku balas tanpa emosi.

“Sabar ye? Ni cuma ujian saja.” Along menggosok bahuku tanda suruh aku bersabar dan tawakal saja.

Sebaik saja tiba di rumah kami berdua mengeluarkan kembali barangan yang di bawa ke dalam rumah.Kepulangan kami disambut oleh umi dan abah.

  “Assalamualaikum umi, abah.” Sapaku salam di beri sebaik saja meletakkan barang dimuka pintu.

Waalaikumussalam, nak umi tolong apa apa?” Soal umi.Laju aku geleng kepala.Tanda tidak perlu lagipun bukannya banyak barang aku.

“Terima kasih je umi, sikit je ni lagipun along ada tolong Bella.” Balas aku tidak mahu menyusahkannya.

“Zafran ada ke tadi?” Soal abah bersahaja.

“Dia tak ada.Tapi Bella dah beri tahu dia yang Bella nak datang ambil barang Bella, Orang pun ada kunci pendua rumah tu.” jelasku sambil membawa barang terakhir dari bonet van ke dalam rumah.

Selesai membawa naik kesemua barangan itu ke bilikku along meminta diri untuk pulang kerana ada kerja sedikit yang perlu diselesaikan di pejabatnya.Lalu kami bersalaman tidak lupa juga aku berterima kasih kepadanya kerana sudi menolong adik kesayangannya ini.

“Terima kasih long.” Kataku setelah along bertukar tangan dengan abah dan umi.

“Tak ada hal lah, sikit je pun.” Kata along berselang tawa kecil sambil umbun kepalaku di usap lembut.Kasih sayangnya terhadap aku tidak pernah kurang sama seperti mana abah dan umi menyayangi aku sejak kecil sehingga besar panjang anak dara sorang ni.

Di mana aku perlu bantuannya jarang sekali dia mengelak.Pasti di senang hati hendak membantu aku.Tapi bukan selalu.kami juga jarang berjumpa kerana along ada projek di luar negara dan jarang ada di Malaysia. Balik jika ada cuti panjang saja.

Assalamualaikum,Semua.” Kata along.

“Waalaikumussalam.” kami bertiga menjawab salam itu.

Bayang kereta along sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.Kami masuk ke dalam pintu utama aku kunci sebelum pergi ke ruang tamu.

“Jadi apa yang kamu nak buat lepas ni? Dah ada rancangan nak bina rumah tangga baru?”Soal umi sambil menarik aku supaya duduk disebelahnya. Aku baringkan kepala di bahu umi.Rindu.

“Tak tahu lagi umi..mungkin Bella membujang je. Malas nak fikir pasal ni lagi buat masa sekarang.” Jelas aku jujur aku tidak mahu fikir untuk dirikan rumah tangga buat masa sekarang. Kisah itu buat aku trauma untuk percayakan lelaki.Aku takut aku disakiti lagi.Sungguh aku tidak mahu rasanya ibarat pisau yang tajam menusuk ke lubuk hati walaupun orang sekeliling cuba mengubatinya.Tapi luka itu tetap berdarah.

DUA MINGGU berlalu.

Esok paginya aku turun memulakan hidup seperti biasa.Tapi bezanya hari ni aku hendak keluar mencari kerja di bandar memandang aku mempunyai masa lapang dan emosiku juga sudah stabil sejak 2 minggu lalu.

Lelaki Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now