Bab 9

521 8 0
                                    

Aku memandang sekeliling mencari meja yang agak jauh dari orang dan sedikit tersorok kerana aku mahukan privasi sebentar untuk membuat kerja dan menganalisis senarai tadi.

Di penjuru kedai terdapat meja kosong aku terus mengorak langkah ke sana.Sebaik saja aku melabuh punggung aku mula membaca syarat dan skop kerja di sini dengan teliti.

Hampir setengah jam aku meneliti dan membuat keputusan akhir sebelum aku menghantar semula kertas itu.Selesai itu aku bangkit dari duduk aku dan berlalu ke kaunter utama yang terletak dimuka pintu hadapan tadi.

Sebaik jarak ku semakin dekat wanita itu terus panggung mukanya ke arahku dan berdiri.

"Jadi macam mana? Adakah Puan memenuhi kriteria pekerja yang diperlukan?" soal segaris senyuman dibibirnya ditayang kepadaku.

"Ye saya yang nombor dua tu."Aku memberikan Semula kertas itu kepadanya.Kertas itu bertukar tangan.

"Baiklah jika Puan yakin begitu saya akan carikan tarikh untuk temu duga ye untuk pemohon secara rasmi berkhidmat disini." Wanita itu menerangkan satu per satu.

Selesai saja menetapkan tarikh temu duga itu aku meminta diri untuk pulang dahulu.Aku memulakan perjalanan pulang.Hening menemaniku.

"Ya Allah Kau permudahkanlah urusan aku mohon kerja nanti Ya Allah.Harap dapatlah." Bisik aku dalam hati.Dia hanya mampu berserah saja dan mengikut rentak takdir yang sudah ditetapkan.

Bella berharap dia dapat buat yang terbaik jika dapat rezeki bekerja nanti kerana sudah lama sejak 2 tahun yang lalu dia tidak bekerja kerana Zafran tidak mengizinkan dia untuk bekerja.Bella hanya akur kerana tidak mahu dirinya menjadi punca pergaduhan yang besar antara mereka ketika Bella masih belum tahu tentang hubungan sulit lelaki itu dengan perempuan lain.

Hampir 1 jam perjalanan hendak pulang akhirnya aku tiba di rumah.Sebaik saja sampai jam menunjukkan pukul 0400 petang dan aku terus mengorak langkah untuk pergi ke pintu utama.Baru saja tangan hendak bertemu dengan papan kayu itu,Tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang dari dalam dan ruang yang tadinya kecil kini pintu itu terkuak luas di depan mata.Susuk tubuh yang masih kukuh berdiri itu Bella peluk erat. Pelukan umi sentiasa membuat dirinya terasa hangat dan nyaman berada di dakapan wanita separuh usia itu.

"Macam mana tadi?Dapat kerja tak?" Soal umi.Aku meleraikan pelukan dan anak mata umi yang berwarna coklat gelap itu aku tatap dengan penuh rasa syukur kerana mungkin asbab restu dari umi dan abah aku mudah mencari kerja semoga Allah permudahkan urusan hari seterusnya.

"Alhamdulillah tak pasti lagi dapat ke tak, cuma syarikat tu dah tetapkan tarikh untuk Bella buat temu duga nanti umi doakan Bella dapat kerja ye."Aku berkata penuh berharap.bibir umi terserlah segaris senyuman tanda mengiyakan hasratku.

"Umi ni tak pernah berhenti doakan anak umi sentiasa berjaya dunia akhirat tau." Umi mengelus pipi aku lembut.Aku memejamkan mata buat seketika merasakan hangatnya tangan umi walau sedikit kasar kerana faktor usia tetap saja rasa sayangku terhadap umi tidak pernah kurang umi dan abah sudah menyayangi dan menjaga aku dengan cukup baik sekarang tiba masanya aku berbakti kepada mereka walau sudah sekian lama.

Tidak pernah terdetik untuk aku menyalahi takdir yang Allah telah tetapkan buat aku jadi aku hanya redha dengan apa yang sudah berlaku walau ia terasa pahit tapi tidak mengapa aku mengambilnya sebagai tanda kasih sayang Allah dan mungkin juga Allah menguji aku supaya aku menjadi lebih matang dan mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

"Terima kasih umi.Mana abah?" Soal aku dan memanjangkan leher mencari keberadaan abah di sekeliling ruang tamu.

"Abah keluar kejap saja nak lepak dengan kawan dia pak Rahim tu."Kata umi pusing dan mengorak langkah ke meja di sebelah kolam di luar aku mengikutnya sebaik umi melabuhkan punggung aku mengambil tempat di kerusi sebelah umi.

Lelaki Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now