02T

1.8K 15 2
                                    

"Bella sampai bila kamu nak lari dari masalah. Kamu perlu balik juga selesai dengan dia cara baik."

"Umi fahamkan keadaan orang macam mana."

"Faham. Tapi sampai bila? anak kamu tu bukan makin kecil. Dia makin besar, lambat laun dia mesti akan tanya mana ayah dia. Kamu fahamkan maksud umi ni Bella?."

"Nanti Bella fikirkan umi.Bella cuma nak tenangkan diri dulu sekarang."

"Apa yang kamu buat sekarang tu pasti akan ada akibatnya pada masa hadapan Bella. Umi bukan apa,cuma nasihat apa yang perlu kerana 'pilihan terbaik itu' impian setiap para ibu buat anaknya itu sudah pasti. Umi tak nak kamu menyesal dengan apa yang kamu buat. Jadi fikir- fikirkan lah Bella."

"Baik umi. Terima kasih sebab sentiasa nasihat dan beri semangat pada orang sama juga abah pun."

.---.

"Sudah lah saya tak nak dengar apa-apa pun. Saya nak awak ceraikan saya faham tak!?."

"Aku tak akan lepaskan kau."

"Sampai bila awak nak seksa saya..APA GUNANYA SAYA ADA DALAM RUMAH NI SEBAGAI ISTERI AWAK YANG SAH TAPI AWAK TIDUR DENGAN PEREMPUAN LAIN!!."

"AWAK INGAT SAYA NI
TAK ADA PERASAAN KE! BILA TENGOK SUAMI TIDUR DENGAN PER-.."

Plak!
Wanita itu tersungkur menyembah bumi akibat tamparan tanpa belas kasihan.

"Kau tak payah sibuk hal aku FAHAM!."

"Hello ye sayang nanti I sampai, you tunggu je sana okay."

"Kau jangan nak keluar rumah. Kau keluar siap kau aku kerja kan balik nanti."

"Ya Allah, kau limpahkan kesabaran dalam diri hamba Ya Allah untuk menghadapi ujian yang kau beri ini.Kuatkan hamba...hisk..hisk."

"Aqif doakan umi kuat ya..hisk..umi tahu Allah itu Maha mendengar setiap doa hambaNya. Lambat laun doa umi pasti akan sampai kepadaNya."

---

"Aku tak fahamlah kau ni Bella macam mana kau boleh bertahan lagi dengan mamat tu. Kalau aku dah lama aku bawa ke mahkamah minta failkan penceraian. Tak sanggup aku kena pukul hari hari."

"Kau cakap memang lah senang. Tapi dia tu yang tak nak lepaskan aku. Nak buat macam mana lagi. Aku kena kuat juga demi anak..."

"Eh kau dah makan?"

"WHAT! Bella kau mengandung? Dah kenapa tak bagi tahu. Umi dengan abah dah tahu?."

"No! Aku tak nak bagi tahu dia orang lagi. Selagi aku boleh hadap aku hadap, ni masalah rumah tangga aku.Aku tak nak bebankan dia orang lagi."

"Tapi Bella ni bukan soal beban. Ni soal keselamatan anak kau dan kau. Laki tu baran bila-bila masa je dia boleh buat benda gila Bella.Habis sampai bila kau nak berahsia ni dengan orang tua kau?. Kalau apa-apa jadi nanti susah Bella."

"Kalau pukul,terajang, lempang kau itu benda biasa bagi dia tak mustahil dia boleh buat lebih dari tu bilamana baran dah butakan mata dia untuk ada belas kasihan pada kau."

"Kau ada hak juga untuk hidup bahagia dalam dunia ni, tiada siapa boleh ambil hak kau termasuk suami kau.Dia sekat kau betul?bila kau nak jumpa umi dengan abah. Dia tak ada hak pun sebenarnya nak halang kau sebab itu mak ayah kau,yang lahirkan kau,yang jaga kau."

"Baik aku akan fikirkan semua tu. Terima kasih sebab nasihat aku, aku bersyukur sebab masih ada sahabat macam kau yang selalu ambil berat pasal aku. Aku nak kena balik nanti kalau dah pukul 5 aku tak balik lagi memang kena dengan dia."

"Kau sure ke nak balik ni?"

"Aku kena balik.Aku tak boleh lepas tangan, aku kena selesai juga dengan dia, baik tak baik belakang cerita. Okay doakan aku tau."

"Aku selalu doakan kau Bella. Jaga diri kau, ni perut ni tak lama lagi membesar..eh laki kau dah tahu pasal ni?."

"Tak. Macam mana nak bagi tahu kalau pagi petang, siang malam dengan perempuan lain."

"Tak apa kau tabahkan diri kau.Berserah padaNya, Dia sentiasa ada bersama kita. Ingat tu."

"Baik terima kasih lagi sekali ingatkan aku. Aku balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Trailer

By

Nyffah

Lelaki Itu TakdirkuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt