Raya 1

5.5K 352 49
                                    

Hi, assalamualaikum semua. Apa khabar? Btw, selamat hari raya semua <3 maaf zahir dan batin. Acik tak saya wish sekarang 🤣

Saya update chapter raya ni, tak tahu lah okey ke tidak. Kalau tak best, saya minta maaf tau. Ni saya buat suka suka je.

Anyway, saya dah lupa dah umur anak anak Japran dan Adara tu jadi kalau macam ada misleading information tu, saya minta maaf awal awal eh HAHAHA

Dekat sini, saya buat Eiman berumur 7 tahun which is dia akan bersekolah. Si budak Ellyna tu pula umur 5 tahun. Masuk tadika. Si Irfan Adhwa tu 4 tahun kot. Pastu yg scene Adara surprise kan si Japran tu yang dia bagi pregnancy test tu anggaplah tak jadi. Mungkin gugur? HAHAHA aku malaslah nyah nak menambah character! Saya guna mana yg ada je.

Happy reading!

******

kalau tak baca atas tu lagi, tolong baca kang dok tanya mana baby baru mana itu mana ini. eh bukan eiman umur ni, ellyna umur ni ke. aku malas eh kalau dah komen komen macam tu. dah cukup baik saya tak unpub lagi PK ni ha.

PUKUL empat setengah pagi, Adara mula menggerakkan tubuhnya. Di bahagian perut, terasa memberat. Pasti lengan Zafran. Tanpa membuka mata lagi, Adara mengalihkan tangan Zafran ketepi lalu perlahan-perlahan membangunkan tubuhnya.

Matanya mula mencelik untuk mencari keberadaan telefonnya.

"Malasnya nak masak." Adara berkata perlahan. Tangan naik menggaru tepi kepala.

Badannya dipusing untuk melihat Zafran.

Zafran masih tidur nyenyak dan langsung tidak bergerak. Menunjukkan yang dia langsung tidak terkesan dari pergerakan Adara tadi. Sekali pakej dengkuran halus menunjukkan Zafran betul-betul lena dalam tidurnya.

Adara senyum perlahan.

'Penat sangat buat apa entah.' Getus hati Adara sambil tangannya naik mengelus perlahan rambut Zafran.

Setelah itu, Adara bangun lalu berjalan ke tandas untuk menggosok gigi dan membasuh muka.

Hari ini genap 4 ramadan, juga tahun ke berapa entah Adara dan Zafran sambut bulan ramadan sebagai pasangan suami isteri dalam erti kata sebenar.

Di dapur, tangan Adara lincah mengacau nasi goreng buatannya di kuali itu. Kalau ikutkan, Adara dan Zafran bukan yang jenis makan berat waktu sahur, tetapi ini kerana permintaan Eiman. Eiman ingin berpuasa dan meminta Adara untuk masak goreng kegemarannya. Kebiasaannya Zafran dan Adara hanya akan menjamah beberapa biji buah kurma dan secawan susu.

"Honey." Zafran memeluk pinggang Adara dari belakang lalu melabuhkan ciuman di ubun-ubun kepala Adara.

"Dah kejut boy?" Adara tanya. Tangannya menutup api.

"Dah. Dia tak nak bangun. Dia nak honey." Zafran berkata perlahan. Tangan Zafran mengusap perut kempis Adara perlahan.

"Ish jangan lah. Geli." Adara menolak perlahan tangan Zafran sambil tergelak perlahan.

"Dah sana. Nak kaut nasi ni." Adara berkata.

"Biar hubby buat. Honey pergi kejut boy." Zafran membalas.

Tanpa berkata lebih, Adara pun berlalu ke arah bilik Eiman.

"Boy..." Adara mengelus rambut Eiman lalu mencium dahi Eiman berkali-kali. Eiman ni dah darjah 1 tapi Adara masih manjakan dia seolah Eiman masih 4 tahun.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now