Chapter 58- happy

21.7K 729 93
                                    

Hi, assalamualaikum semua! Saya dah update happy ending version, yeay. Tapi korang kena bayangkan ni part after chapter 57 tau! Bayangkan yang kematian memang takde tau. Adara pun takde mimpi Zafran mati ke apa.

Sad ending tu hanya waktu sendu saya. Dia wujud kerana saya sendu waktu tu. Kalau ikutkan cerita ni memang happy ending HAHAHAHA

Anyway, happy reading! Thank you lurve <3

*********

"Bu, nampak Zafran?" Tanya Adara pada Puan Karina yang sedang mengelap meja makan.

Sejak pagi tadi Zafran tidak munculkan dirinya depan Adara. Nak kata kerja, harini hari sabtu. Nak kata keluar, kereta ada je.

Sekarang sudah masuk waktu zohor, Adara masih tidak nampak kelibat suaminya.

"Ada dekat bilik tetamu tu. Tengah rehat." Puan Karina jawab sambil tangannya menyusun pula kerusi di meja makan supaya lebih nampak kemas. Kerja di dapur rumah Zafran itu memang Puan Karina yang ingin lakukan. Apa salahnya. Bukannya berat mana pun kerjanya.

"Kenapa berehat dekat situ? Kenapa tak masuk bilik je?" Adara menyoal lagi dengan muka berkerut. Zafran tak sudi nak tengok muka aku lagi ke?

"Dia bagitahu ibu dia tak sedap badan. Tu yang dia duduk jauh dari Ad. Risau Ad berjangkit katanya." Puan Karina jawab.

"Zafran nak demam ke?" Adara tanya lagi. Puan Karina anggukkan kepalanya.

Adara diam. Dia risau. Zafran tu boleh ke sorang-sorang? Dulu demam, Adara yang jaga Zafran.

"Ish kalau demam pun, nak jauh-jauh kenapa? Bukannya apa pun." Adara berkata.

"Awak tu mengandung. Tunggu masa je nak beranak. Tentu-tentu lah Zafran risau. Buatnya berjangkit, dah satu hal." Puan Karina pula berkata. Geram je dengan Adara ni.

Adara menjuihkan bibirnya.

"Habistu Ad tak boleh nak jumpa dia lah ni?" Adara bertanya.

"Tak payah lah. Ibu pun risau juga. Biar ibu yang jaga Zafran. Kamu tak payah lah risau." Puan Karina menjawab.

"Kalau rindu macam mana?" Adara berkata dengan suara dengan sangat perlahan.

"Call lah." Puan Karina jawab.

Adara kerutkan mukanya. Ibunya dengar? Rasanya cukup slow dah tadi suara nya.

Adara berlalu.

Adara pergi ke bilik tetamu. Nak jenguk je. Lepastu dia pergi lah.

Dengan perlahan, dia menguakkan pintu bilik tetamu itu. Nampak kipas di siling bergerak perlahan. Mesti Zafran kesejukan. Sebab tu kipas pun berputar perlahan je. Aircond pun tak buka.

Bukan Zafran suka buka aircond juga ke walaupun demam? Adara angkat bahu. Tak faham Zafran.

Adara masuk ke dalam bilik itu lalu dengan perlahan dan tanpa bunyi dia berjalan ke arah Zafran yang berselubung dengan selimut.

Zafran sedang tidur.

Macam teruk je demamnya? Kesian Zafran.

Lalu Adara pandang benda yang dia pegang dari tadi. Sebenarnya dia masuk ke dalam bilik ini pun ada benda dia nak buat selain menjenguk Zafran.

Dengan perlahan Adara menampalkan koolfever di dahi Zafran. Lalu tangannya menekan lembut dahi Zafran ingin memastikan koolfever itu betul-betul melekat.

"Honey?" Zafran tersedar. Biasalah kalau demam, tidur tak berapa nak lena.

Zafran tanya dengan suara serak lalu terbatuk perlahan. Tekaknya perit. Nak telan air liur pun, tekak nya sakit. Dia tak suka demam.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now