Chapter 30

17.8K 813 154
                                    

Hi assalamualaikum semua! Yeay dah genap 30 bab! Happy me, happy me. Thank you semua!

Happy reading!

************

Pada waktu malam, Adara dan Amelia malas nak pergi makan dekat luar. Jadi mereka buat keputusan untuk makan je apa ada dekat dapur. Nak masak pun malas. Lagipun Amelia ada kerja nak kena siapkan. Jadi sekarang Adara sorang-sorang di dapur.

Adara baru lepas buat air milo. Nak cicah dengan biskut marie. Kalau biskut marie Adara suka jenama Munchy's. Sedap! Lagi-lagi cicah dengan air milo. Sumpah sedap gila!

Adara juga tadi sempat buatkan air kopi untuk Amelia. Saja nak buat baik. Dah tumpang rumah orang kan? Kena buat cara tumpang. Ceh takda lah. Adara ada juga tolong bayar apa-apa. Kadang-kadang barang dapur pun Adara yang topup. Amelia tak suruh pun. Amelia kata dia lagi suka Adara ada kat rumah ni. Tapi ya lah kita manusia kena ada common sense. Kan menumpang. Jadi, kalau mampu bayar apa-apa, tolong lah bayar. Lepastu tolong kemas rumah ke. Kan duduk sama-sama.

Sedang Adara termenung sambil cicah biskut, telefonnya berdering. Adara check nama pemanggil. Umi? Ibu mertuanya.

Adara terus angkat dan memberi salam. Berdebar pula kita. Dah lah jarang contact. Adara dah rasa serba salah. Adara bukan apa. Dia kadang-kadang rasa macam malu nak selalu bertanya khabar. Dia ni kan menantu secara tiba-tiba. Kena tangkap khalwat pula tu. Adara perempuan. Jadi dia malu.

"Adara ni umi nak cakap ni." Datin Sri Zaharah mulakan perbualan. Lama rasanya tak dengar suara menantu sendiri. Hampir lupa suaranya.

"Ya umi? Apa tu?"

"Hujung minggu ni umi nak buat makan-makan. Untuk family. Adara datang eh? Umi tunggu." Adara yang dengar tu terkejut. Kenapa ajak aku? Segan lah. Mesti keluarga Zafran ada. Zafar macam mana?

Lagi terkejut, biskut Adara dah lembik dan terjatuh dalam air milonya.

"Aduh!" Adara tak sedar dia tengah bercakap dengan Datin Sri Zaharah di telefon.

"Hello Adara? Adara tak dapat datang ke?" Datin Sri Zaharah bertanya lembut. Jangan lah tak jadi. Datin Sri Zaharah betul-betul mengharap kedatangan Adara. Lama tak jumpa. Dah lah besan nya sendiri pun sudah lama tidak bersua muka. Pertama kali jumpa waktu akad nikah. Itu juga lah kali terakhir. Geram je Datin Sri Zaharah dengan Zafran dan Adara. Langsung tak nak bawa jumpa.

"Eh tak umi! Ni biskut jatuh dalam air milo." Adara terus bagitahu. Tak nak Datin Sri Zaharah salah faham. Kot lah mana tahu Datin Sri Zaharah ingat dia berkata aduh kerana tidak mahu pergi.

"Oh! Umi ingat apa lah tadi. Jadi, Adara datang ya? Datang lah. Umi dah lama tak jumpa Adara." Datin Sri Zaharah berkata dengan suara sayu. Nak bagi dramatic sikit. Mana tahu hati Adara lembut nak datang.

"InshaAllah umi. Kalau ada masa, Adara datang ya?"

"Kena ada kan masa juga! Janji tau! Umi tunggu. Kalau Adara tak datang, tahu lah umi nak buat apa." Datin Sri Zaharah mula mengugut Adara.

Adara tergelak. Datang jelah Adara. Orang dah jemput. Zafran sekeluarga tu biar je. Buat-buat tak kenal je. Anggap je kau tu bff umi dan umi ajak kau hang out kat rumah dia.

"Ya umi. Adara datang."

"Datang tau! Eh lupa umi nak tanya. Adara sihat?" Datin Sri Zaharah tepuk dahi. Punya lah excited nak ajak menantu datang rumah, sampai lupa nak tanya khabar.

"Sihat umi. Alhamdulillah." Adara menjawab tenang.

"Umi sihat?" Adara pula bertanya.

"Umi sihat juga alhamdulillah. Papa pun sihat."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now