Chapter 35

18.9K 1.1K 952
                                    

Pagi subuh, Zafran tersedar. Dia terus mengurut dahinya. Sakit sangat kepalanya. Kenapa ni? Muka Zafran berkerut. Dia cuba mengingati apa yang jadi malam tadi.

Sedang dia cuba perah otaknya, dia rasa ada pergerakan di sebelahnya. Zafran terus toleh. Matanya terbeliak. Sebelahnya terdapat Adara yang tidur sambil membaringkan kepalanya dilengan Zafran. Patutlah dia rasa tangannya kebas.

Adara sedang peluk pinggangnya. Ya dia rasa ada tangan di pinggangnya. Zafran pandang pula bahu Adara yang agak terdedah. Terdedah? Sekali lagi, mata Zafran terbeliak. Terus dia menepuk perlahan dahinya.

"Shit!" Zafran mencarut perlahan. Zafran dah ingat apa yang jadi. Ada orang perangkap dia di dalam bilik hotel. Adara datang selamatkan. Dan, malam tadi, mereka sudah-

Zafran terus pejam matanya. Tak mahu ingat. Malu. Macam mana dia boleh peluk Adara, dia cium bibir itu. Dia ingat. Dia ingat semua apa yang jadi malam tadi.

Dengan perlahan, Zafran bangun. Mengalihkan tangannya dari kepala Adara dengan perlahan. Dengan perlahan juga, Zafran mengalihkan tangan Adara di pinggangnya.

Dia terus menuju ke bilik air. Nak mandi, nak solat.

Habis mandi, Zafran terus mengejutkan Adara. Sebenarnya Zafran tak sanggup nak kejut. Dengan Adara yang tanpa seurat benang di tubuhnya. Hanya ditutupi dengan selimut tebal. Dia tetap lelaki.

"Adara." Zafran mula mengejutkan Adara.

"Ad, bangun." Adara mula menggerakkan badannya. Zafran cepat-cepat menahan selimut yang hampir terlorot dari badan Adara. Fuh! Selamat.

Adara yang mula membuka mata itu, terus pandang Zafran. Dengan malu-malu, dia senyum. Malam tadi sangat indah. Dia masih ingat macam mana dia terbuai dengan layanan lembut dari suaminya, Zafran.

Zafran terpegun. Tak pernah-pernah Adara senyum kepadanya waktu pagi subuh. Bukan biasa-biasa ni.

"Bangun, solat subuh. Kau nak kena mandi lagi." Selepas itu, Zafran terus berlalu. Dia kekok. Tak tahu nak buat apa.

Adara yang sedang senyum itu, terus mati senyumannya. Panggilan Zafran pada malam tadi lain. Takkan dah berubah. Takpa lah. Zafran segan kot.

Adara sambung senyum malu-malu. Dia terus bangun dari katil dan mencapai tualanya dan terus menuju ke bilik air.

Pada pukul 8 pagi, Adara semangat menyediakan sarapan untuk Zafran. Dia keluar pergi beli sebentar tadi. Nasib baik dekat je. Dia beli nasi lemak dan kuih sikit. Lepas solat tadi, Adara perasan Zafran masih mengaji. Jadi, Adara biar je dan terus bersiap untuk membeli makanan.

Adara perasan Zafran yang sudah turun ke tingkat bawah. Dengan teruja, Adara panggil Zafran.

"Zafran! Jom makan. Saya beli nasi lemak." Zafran yang sedang membetulkan lengan kurtanya, pandang Adara. Setiap jumaat, biasanya Zafran akan memakai kurta. Kan ada solat jumaat. Tapi kalau ada meeting besar, Zafran akan berpakaian formal seperti biasa.

Tanpa balas apa-apa, Zafran jalan menuju ke meja makan. Dia tak tahu kenapa dia yang kekok. Adara buat takda apa jadi je. Dari tadi senyum-senyum. Bukan biasanya perempuan malu-malu ke?

Mereka sama-sama mula makan.

"Ehem! Zafran, saya nak tanya." Adara senyum-senyum. Zafran mengecilkan matanya. Kenapa dengan Adara ni?

"Apa dia? Tanya lah." Zafran balas lembut.

"Betul kan awak sayang saya?" Adara bertanya teruja. Dia sudah menggerakkan kakinya di bawah meja dengan laju. Excited sebab ex crush confess.

"Ha?" Zafran pelik. Aku ada kata ke? Memang lah aku sayang dia tapi, aku ada beritahu dia ke?

"Haah! Malam tadi sebelum awak tidur after kita tuttt, awak ada confess!" Muka Zafran memerah. Betul ke?

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now