Chapter 28

16.4K 906 217
                                    

Adara dalam perjalanan ke tempat kerja Zafran pada pagi itu. Ini kerana, Ameerul, pembantu suaminya itu telah telefon Adara untuk datang ke pejabat suaminya. Pagi lagi kot. Dah kenapa?

Adara tak sempat lagi sampai 4C, Ameerul dah telefon. Adara terpaksa beritahu Kak Dira bahawa dia akan masuk kerja lambat sedikit. Kak Dira mengizinkan saja.

Sampai saja di tempat kerja Zafran, Syarikat Zermonia, Adara terus keluar dari keretanya. Adara jadi terfikir. Kalau masuk, nak cakap apa? Bukan ke kalau company besar macam ni, susah orang luar nak masuk? Aduh. Dah lah tak semua orang tahu dia isteri kedua Zafran.

Apa lah kau ni Adara! Call lah Ameerul. Suruh dia jemput kau dari bawah ni. Adara tepuk dahinya. Haih.

Adara terus buat panggilan. Setelah beberapa deringan baru Ameerul angkat. Adara terus meminta tolong Ameerul untuk turun menjemputnya. Adara siap kata dia takut dan segan nak masuk sorang-sorang.

Nasib baiklah Ameerul setuju. Takut juga Adara kalau Ameerul busy dan hanya menyuruh Adara untuk terus masuk sahaja.

"Puan?" Ameerul menegur Adara.

"Ha? Turun dah." Adara senyum.

"Jom lah saya hantar puan naik ke pejabat Tuan Zafran." Ameerul mula berjalan. Adara hanya ikut di belakang Ameerul.

Di dalam lift, Adara bertanya,

"Awak tahu ke Zafran suruh saya datang sini buat apa?" Risau juga Adara. Zafran bukan betul sangat.

"Nanti puan tengok sendirilah." Ameerul senyum. Eeee kenapa diorang ni cliche sangat? Adara mencebik.

Keluar dari lift, Ameerul terus membawa Adara sampai di depan pintu pejabat Zafran. Adara baca tanda di pintu. Zafran Idrees. Chief Financial Officer.

"Saya ketuk ke?" Adara tanya Ameerul. Ameerul angguk sambil senyum. Dia ni asyik senyum je dari tadi. Memang termasuk dalam scope kerja dia ke kena senyum selalu? Tak penat ke? Adara soal dalam hati.

Adara pun ketuk pintu itu. Adara dengar samar-samar laungan masuk dari Zafran.

"Saya masuk dulu." Adara meminta diri dari Ameerul.

"Silakan puan."  Adara terus masuk ke dalam bilik pejabat Zafran.

Adara memerhati bilik pejabat ini. Besar. Luas. Kemas. Banyak perabot warna hitam. Wangi. Sejuk. Apa Zafran ni pagi-pagi dah sejuk macam ni.

Adara mencari kelibat Zafran. Oh ada dekat atas sofa. Tersandar sambil menutup mata. Kemeja hitam Zafran sudah terbuka dua butang dari atas. Seksinya. Dengan terkangkang macam tu. Astaghfirullah. Dugaan aku untuk pagi ni. Ke rezeki?

"Memang nak berdiri je ke kat situ? Kunci pintu tu sekali." Zafran berkata dengan suara seraknya. Serak? Ya. Serak. Macam suara orang sakit.

Setelah kunci pintu seperti yang disuruh oleh Zafran, Adara pun terus pergi ke Zafran. Duduk sebelah Zafran.

"Kenapa awak panggil saya sampai sini?" Adara menyoal.

Zafran diam. Dia malu sebenarnya.

"Urut kepala aku." Zafran berkata perlahan. Perlahan sampai Adara rasa bunyi aircond lagi kuat.

"Ha?" Adara pelik. Dah kenapa? Jauh-jauh aku drive untuk urut kepala dia je ke?

Zafran buka matanya. Pandang Adara.

"Tolonglah. Aku sakit kepala. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba je." Pagi tadi Zafran elok je. Tak tahu kenapa sampai je tempat kerja, badannya rasa tak sedap. Rasa nak demam. Dia dah telan panadol dah. Sekarang dia nak seseorang untuk urut kepalanya. Takkan nak minta tolong Ameerul. Tak nak lah. Jadi, sebab itulah dia suruh Ameerul untuk telefon Adara. Zafran fikir Adara je waktu itu.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now