16

2.5K 101 18
                                    

Grey ternampak telefon Raazi yang berdering sewaktu dia sedang mengemas peralatan mekapnya. Tugasannya malam ini sudah selesai untuk menyiapkan wajah-wajah jejaka kacak yang sedang membuat persembahan di luar sana. 

Malam ini tema mereka ialah punk/gothic, jadi siap dicalitkan celak hitam keliling mata mereka, bersama lipstik hitam dan didandan rambut pacak.

"Should I get it?" Grey bermonolog sendiri dalam pada langkahnya menuju ke telefon itu. "If it's unknown, nope. Leave it." Dan dia melihat skrin. Tertera nama Nara.

"Maybe I should just get the message and pass it to Ray later?" Dia berfikir sendiri tapi belum sempat dia membuat keputusan, tangannya sudah mengambil telefon di atas meja Raazi itu dan mengangkatnya. "Nara?"

Inara sempat mendengar suara lelaki menyapa di hujung talian sebelum telefon di tangannya direntap kasar. "Hey!" Inara refleks berpusing ke belakang dan bertentang mata dengan Ben.

Lelaki yang nampak panik itu melihat telefon Inara. Nama Asha tertera di skrin dan Ben terus mematikan panggilan. Kemudian, mata Inara yang terbeliak terkejut cuba ditatapnya. Otaknya masih belum dapat menyusun kata. Mulutnya cuba mengatakan sesuatu tapi tiada apa yang terkeluar.

"What the hell was that?! Give me my phone back!" marah Inara tapi Ben menggelengkan kepala. 

Apabila Inara mendekat untuk mencapai telefonnya dari tangan Ben, lelaki itu cepat-cepat mengangkat tinggi tangannya ke belakang. "Nara.."

"Give me!" Inara menjungkit kaki dan hampir terjelepuk ke depan, tapi sebelah tangan Ben pantas memegang di tepi pinggang gadis itu. Inara tergamam dan menatap wajah Ben semula, sebelum tangan lelaki itu ditepis dan langkah dibuka ke belakang untuk menambah jarak. 

"What is your problem?!" Inara masih kaget dan keliru dengan apa yang baru berlaku seminit ini. Siapa Asha? Di mana Raazi? Siapa lelaki di hujung talian tadi? Apa tujuan Ben ke sini? Kenapa Ben merampas telefonnya?

"We need to talk," jawab Ben perlahan, masih membalas renungan tajam Inara.

"Can't it wait? I'm trying to make a call," jawab Inara, sedikit bengang.

Ben menggeleng perlahan, masih tidak memutuskan tautan mata mereka. "It can't. I did something bad, Nara."

Inara mengerutkan kening. "I'm sure it can wait. Let me call Raazi for a sec and—" Ucapannya terbantut. Ditenung dalam-dalam anak mata Ben, kiri ke kanan, ke kiri semula dan ke kanan. Dan saat itulah, seperti Ben menghantar isyarat telepati, Inara mula mengerti.

"You did not..." helanya perlahan.

Ben meneguk liur. "I'm sorry."

Saat itu, dunia Inara seakan berhenti berputar. Kesan Covid atau ubat? Inara cuba menarik nafas dalam-dalam dan membaca rentak mata lelaki di hadapannya. Ben berbohong kan?

"Tell me you didn't..." bisik Inara, mata semakin merah dan bergenang.

"You can hurt me, punch me. Do whatever you want. But I'm sorry..."

Perlahan-lahan Inara menggelengkan kepalanya ke kiri ke kanan. Dia seperti tak percaya dengan apa yang baru saja diketahuinya. Ben, lelaki yang baik dan prihatin padanya, sanggup melakukan pengkhianatan terkutuk seperti ini?

"How could you..." Inara menahan tangis. "I almost decided to leave because I thought... oh god! How could you!" Inara mengepal penumbuk dan menghentamnya di dada Ben. Satu kali. "How could you!" Kedua-dua tangan kini naik dan menumbuk lagi.

Ben cuma menahan dirinya dan membiarkan Inara melepaskan amarah. Dia tahu dia bersalah besar. Saat dia melihat telefon bimbitnya yang dipulangkan Inara memapar nombor Raazi di skrin, dia tahu segala-galanya bakal terbongkar. Bagai tak cukup tanah dia berlari naik ke loteng.

"I'm sorry. No words can justify what I did, but I mean it." Ben cuba meminta maaf lagi, tapi tindakan itu malah membuatkan Inara semakin mengamuk. Semakin bertambah asakan penumbuknya di dada Ben.

"Sorry?! Oh, fuck you!" jerit Inara.

Wajah Ben berubah apabila mendengarkan carutan yang keluar dari mulut Inara. Telefon di tangan terus disimpan di kocek belakang seluar dan kedua-dua tangan Inara dipegang di pergelangan, cuba menghentikan asakan gadis yang sudah mula menangis itu.

Inara cuba meronta agar dilepaskan tapi Ben bersuara, "You can hit me all you like, but do not use that language with me. I've been nothing but respectful to you."

"Respectful?" Inara menggelengkan kepala. "What's so respectful about what you did?! Do you actually hate me that much, that you were able to smile at my face but then secretly stab me in the back?!"

Ben menghela nafas. "I don't hate you."

Tawa sinis Inara dilepaskan dan dia merentap tangannya daripada terus dipegang Ben. Lelaki itu meleraikan kejapannya. "So do you hate Raazi then? You do realize it affected not just me, but him too?!"

Mata Ben dipejam beberapa saat dan dia menghela nafas lagi. "It's not hate. It's jealousy." Ben membuka mata dan memandang jauh ke dalam mata Inara. "Just think for a minute if you were in my shoes, how would you feel?"

Mungkin dari redup mata Ben yang sedih, atau mungkin dari intonasi suaranya yang kesal, perasaan Inara berubah. Marahnya perlahan-lahan surut. Inara meneguk liur. Tekak terasa perit.

"You still love him?" tanya Inara sambil mengesat kedua-dua pipi dengan belakang tapak tangan.

Ben terkejut dengan perubahan sikap Inara. Dia mengumpul fikirannya sebelum menjawab perlahan, "I thought I've moved on. I don't know where this jealousy is coming from. Maybe deep down, I haven't. And seeing you here, showing up out of the blue, just triggers it out."

Inara menarik nafas dalam-dalam. Perasaannya berkecamuk lagi. Dia lari ke Australia untuk mendapatkan ketenangan bersama Raazi, satu-satunya lelaki yang dia percayai saat ini. Tapi beginikah perancangan Tuhan untuk dirinya? Kembali memporak-perandakan hubungannya bersama manusia yang berdamping dengan Inara saat dia mula mengenal erti aman?

"I shouldn't have come here," ucap Inara, lebih kepada dirinya sendiri. "I should go."

"Go where?" tanya Ben, mula dihimpit rasa bersalah. Dia bencikan perasaan itu. Kenapa dia perlu rasa bersalah? Ini yang dia mahu, kan? Untuk Inara pergi daripada mengganggu Raazi, apatah lagi mempermainkan bekas kekasihnya itu.

"Back home. I should move out tomorrow before Raazi comes back," jawab Inara. "Do you know anywhere I can stay until my quarantine is over? I don't think they'll let me pass at the custom security."

Ben menarik nafas dalam-dalam. Mata mereka bertentang lagi beberapa ketika, meluahkan apa yang tak terucap di bibir. Ben mengalah. Telefon Inara diambil dari kocek belakangnya. Pergelangan tangan Inara dicapai dan diletakkan telefon itu di tapaknya.

"Call him. Stay. I'll stay out of you guys' business from this day onward. Accept it as my token of apology."

* * *

A/N: sorry for the long delay! been busy with puasa and life and everything, but here's the long awaited update, can we get team #nazi onboard since ben has agreed untuk menarik diri hehe

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now