6

1.9K 95 17
                                    

Ben hanya mampu tidur-tidur ayam. Sekejap terlena tapi kemudian terjaga semula. Apabila terbuka mata, ruang sebelahnya masih kosong. Ditoleh ke tepi katil, tiada juga Inara berbaring di lantai.

Ah, biarkanlah. Bukan masalah dia.

Ben kembali meletakkan lengannya melintang atas muka dan cuba untuk tidur semula. Tapi sesaat bertukar seminit. Seminit bertukar dua minit. Lima minit entah berlanjutan berapa lama. Ben masih gagal lena.

Dia menghembus nafas kuat. Mungkin dia sudah terlebih kasar pada Inara tadi, jadi sekarang perasaan bersalah menghantuinya pula. Dia tahu cemburunya sudah membuat dia bersikap keterlaluan.

Dipujuk hatinya, Inara tidak bersalah. Dia dan Raazi sudah setahun bersetuju untuk menjadi kawan baik sahaja. Dan munculnya Inara menjadi bukti bahawa Raazi tidak berbohong padanya untuk kembali kepada fitrah.

"I just feel like I'm not getting younger, Ben. And eventually my pride would want me children of my own. So I wanna try, Ben. I wanna try with a woman."

Kata-kata Raazi itu masih melekat dalam otaknya. Awal perpisahan, Ben kecewa teruk. Setiap malam dia sukar tidur kerana sibuk menyalahkan diri. Bahawa terkandasnya hubungan mereka gara-gara sikap cemburu buta. Dan hilangnya perasaan cinta Raazi adalah kerana kesibukan.

Mungkin munculnya Inara hari ini membuka luka lama yang difikir sudah diubati. Tapi yang pasti, gadis itu tak bersalah. Kemungkinan besar, dia tak tahu langsung mengenai kisah lampau Raazi bersamanya.

Ben menarik nafas dalam-dalam dan bangkit dari katil. Sewaktu menuruni tangga, rumah itu terasa dingin semacam. Sampai di bawah tangga, ditoleh ke dapur yang gelap. Saat itulah telinganya tertancap bunyi yang mencurigakan.

Terus kepalanya menoleh ke arah ruang tamu. Dalam fikirannya terus Ben mengesyaki Inara mungkin tidur di sofa seperti yang dicadangnya. Tapi itu.. bunyi-bunyian apa? Ada orang pecah masuk ke?

Semakin Ben mendekati, semakin jelas suara keluh kesah Inara yang seperti bergelut di dalam tidur. Untuk seketika, Ben tergamam. Mengigau lagi ke gadis ini?

"Well, I don't feel comfortable sleeping in open space either. I'm... I'm scared of... monsters."

Perasaan bersalah semakin menyesak di dada. Ben terus mara ke hadapan dan cuba memanggil Inara tapi tiada sebarang respons. Ben duduk mencangkung di sebelahnya dan cuba mencapai tangan Inara yang sesekali membelah angin. Tapi laju gadis itu menepisnya.

"Nara? Wake up. You're dreaming," kata Ben lebih tegas. Tapi Inara masih gelisah dalam tidurnya, seakan kerasukan juga, membuatkan Ben sama takut.

Sebelah bahu Inara dipegangnya, tapi terus ditolak lagi lekapan tangan Ben itu, seolah-olah sentuhan itu menyakitinya. Ben semakin terdesak.

"Open your eyes," pinta Ben dengan suara lebih kuat tapi Inara masih menggeleng-gelengkan kepala sambil membisik tak mahu. Tubuhnya sudah kurang memberontak. Sudah terjagakah dia?

"Open your eyes and look at me," pujuk Ben apabila perasan ada sinar kebasahan mengalir dari tubir mata Inara.

Tapi gadis itu kekal menggelengkan kepala. "Please stop..." bisiknya dalam tangisan. Berhenti apa? Berhenti menyuruhnya membuka mata?

Ben merapatkan wajahnya ke muka Inara. Dia menggoncang bahu Inara sekali lagi. "No. Look at me." Dan akhirnya gadis itu berhenti meronta dan membuka mata, tepat membalas tenungan Ben.

Terkejut, Inara menjerit dan menolak Ben yang sedari tadi mencangkung. Dia terus hilang keseimbangan dan terjelepuk ke belakang, sedangkan Inara terus bangkit dari pembaringan, menarik kakinya ke tubuh dan mata melilau ke sekeliling.

Ben tak sempat melayan sakit punggungnya yang terhenyak dan belakang tubuh yang terlanggar meja kopi kayu, kerana melihatkan sikap panik Inara. "Who are you looking for??"

Dia bukan kerasukan, kan?

"Where is he??" Inara bertanya perlahan, seakan berbisik sebelum menoleh sekeliling ruang tamu itu, ke pintu, ke tingkap, ke siling, seakan mencari sesuatu. Dia mencari Raazi ke? Bangun bangun terus mencari bekas kekasihnya?

"Ray is not home yet," balas Ben, sedikit cemburu. Tapi Inara menggeleng-gelengkan kepala sambil mengecilkan tubuhnya seakan mahu menyorok. Melihatkan ketakutan Inara, Ben teringat kembali pengakuan gadis itu.

Tentang 'monsters'. Oh.

"There's nobody else, Nara. Just two of us." Ben cuba menenangkan sambil mengangkat punggungnya agar kembali mendekati Inara.

"He was here..." bidas Inara dalam tangisan. Matanya masih mencuri-curi melihat ke sekeliling, langsung tak memandang Ben.

"Look at me," pintanya kesekian kali tapi melihatkan Inara masih belum sepenuhnya sedar dari mimpi ngeri, Ben terus memegang sebelah muka Inara agar dia berpaling memandangnya. "Listen to me."

Inara yang masih tersisa tangisan tergamam seketika, seolah-olah baru mengerti realiti apabila akhirnya mata bundarnya yang basah dengan air mata bertentang dengan redup mata Ben.

"There's no monster here. Just you and me, okay?" bisik Ben.

Mata Inara tak berkedip, membuatkan Ben sedikit canggung dengan tindakannya. Jadi dia lepaskan wajah Inara dan turunkan tangannya, tapi gadis itu pantas menangkap kembali Ben di pergelangan tangannya.

"I'm scared," balas Inara.

"Nobody's going to hurt you," jawab Ben, lalu memandang tangan Inara yang masih memegang pergelangan tangannya.

Seakan perasan anak mata Ben itu, Inara spontan melepaskan dan membawa genggaman tangannya memeluk tubuh. Ben menurunkan tangan seketika, sebelum mencapai semula penumbuk Inara yang masih menggeletar.

Inara terkesima lagi. Pelbagai perasaan berkecamuk di hati dan mindanya. Dia bencikan intimasi tapi sentuhan Ben itu tidak terasa seperti satu ancaman.

"Don't be scared. It's only a dream," pujuk Ben. "Monster is gone. He can't catch you."

Apabila lintasan memori hitam itu kembali, Inara spontan mencebik muka, mahu menangis. "I'm scared..."

Andai saja Ben tahu...

"I won't let him catch you, okay? You're safe with me." Ben masih tidak berputus asa. Timbul perasaan simpati pada gadis itu kerana dia faham perasaan Inara.

Sewaktu Ben kecil dulu, dia juga sering mimpi ngeri sehingga meracau-racau. Mamanya setia memujuk sehingga Ben kecil kembali tenang untuk tidur. Jadi apa salahnya dia bersimpati pada Inara kali ini?

"Wanna come upstairs with me?" Entah bagaimana terkeluar cadangan itu. Hampir saja Ben menyesal apabila melihatkan reaksi wajah Inara, seperti semakin ketakutan pula. Terus dia menyambung, "I mean, you can have the bed. I'll sleep on the floor, close to you, just in case the monster comes again."

Wajah Inara berubah lega sebelum gadis itu merasa serba salah. "You'd give up your bed for me?"

Ben senyum tipis. "Don't be greedy yet. Just for tonight."

Senyuman Inara sama terukir bersama ketawa kecil. Rasa selamat mula menyelimutinya. "Okay."

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now