14

1.7K 73 13
                                    

Tawa kecil Ben memecahkan keheningan antara mereka berdua. "I'm kidding. You should see your face when you heard me. It's like you heard a ghost."

Inara mengeluh. Tak sedar dia menahan nafas dari tadi. Dia mahu percaya bahawa Ben hanya bergurau, tapi firasatnya yakin ia bertentangan. Adakah dia akhirnya akan mendengar kebenaran tentang hal ini daripada Ben?

Menarik nafas dalam-dalam, Inara meluah. Bersedia untuk menerima kenyataan. "Are you sure you're kidding? You didn't seem to be."

Lelaki di hadapannya selamba menyambung makan. "Didn't I?"

"To be honest, you looked pretty dead serious." Inara jadi geram pula apabila Ben seakan bermain tarik tali. Sekejap mengaku, sekejap bergurau. Tahu tak perkara ini sangat sensitif bagi Inara yang sudah menaruh perasaan terhadap Raazi hampir 2 tahun lamanya?

Sedar dengan intonasi Inara yang sudah berubah, Ben mendongak dan menelan bubur di dalam mulutnya perlahan-lahan. Halkumnya turun naik seketika. "Well, you were the one with the assumption. But when I made a statement to support it, why are you baffled?"

"It was just a silly assumption," betah Inara. Jauh di sudut hati, dia mahu mendengar Ben menidakkan telahannya. Beritahu padanya bahawa Raazi bukan lelaki songsang seperti yang dimaklumkan kepadanya semalam. Bahawa lelaki misteri itu hanya memberi berita palsu.

Ben menjungkit kening. "Was it? You looked pretty dead serious."

Inara bungkam apabila Ben sepertinya masih berterusan tarik tali. Sakit pula hatinya apabila ayatnya sebentar tadi dipulangkan semula kepadanya. Apabila Inara tetap diam, Ben tertawa sinis lagi dan sambung menyuap bubur ke dalam mulutnya.

"Eat your food. It's gotten colder," pesan Ben, fikir perdebatan itu sudah tamat. Dalam hatinya, dia gembira kerana berjaya menanam lagi kesangsian Inara terhadap Raazi. Dari benih ketidakpercayaan itu, dia yakin Inara akan meninggalkan Raazi perlahan-lahan.

"Is that why you hate me?" tanya Inara tiba-tiba, mematikan rasa kepuasan dalam hati Ben. Adakah gadis di hadapannya ini boleh membaca fikiran atau mendengar kata hatinya?

Wajah Ben kekal tanpa perasaan. Dia bijak menyorok emosi. Ben menjungkit kening lagi. "Is that another silly assumption?"

Oh! Adakah lelaki ini seorang kaki putar? Pandai betul dia memulangkan lagi ayat Inara sendiri. Gadis itu mula berkocak perasaan. Ada rasa marah, geram dan sedih yang bercampur dengan rasa tewas.

Menahan getar suara, Inara membisik, "You can hate someone, yet still be nice to them."

"Is that what you think of me?" tanya Ben, tapi Inara cuma diam. Mereka bertentangan mata lagi dan Ben mula rasa bersalah apabila dia perasankan jernih yang bertakung di tubir mata Inara. "I don't hate you. It's just a little awkward, with you being with Ray, and him being my ex. How am I supposed to treat you? No idea."

Ben bencikan perasaan asing yang mula berputik di hatinya. Rasa simpati. Ben bukanlah seorang lelaki yang mudah bersimpati dengan orang lain. Baginya, hatinya yang paling penting dan bersimpati pada orang lain akan melemahkannya.

Dia tak suka. Adakah rasa simpati ini timbul kerana dia merasakan seperti mereka berkongsi mimpi ngeri yang sama? Apabila gadis itu meracau dalam tidur tempoh hari, memori mimpi ngerinya sewaktu kecil juga perlahan-lahan kembali.

Inara rasa benteng Ben mula roboh. Dia mengesat embun di hujung mata dan mengambil peluang sekali lagi. "If you don't hate me, will you tell me the truth then? Does Raazi like me? Does he even like girls?"

"It's not my place to answer that," jawab Ben sambil menggeleng-geleng kepala. Dia kembali mencapai sudu, sedar perdebatan mereka mungkin bersambung.

"Why not?" Suara Inara menaik sedikit. Dia tahu lelaki itu cuba mengelak. "Why not, Ben?!" soalnya lagi apabila lelaki itu tidak mahu mengendahkannya.

"Just because!" Ben menghela nafas berat dan meletakkan sudu. "Think about it; my answers don't hold any credential. If I say yes, he's into girls, will it be genuine coming from me; a man, his ex? And if I say no, he's not into girls, won't it be suspicious too, like what's the catch?"

Inara diam. Dia jadi buntu kerana semua persoalan yang bermain dalam fikirannya sepanjang malam tadi seperti menuju jalan mati. Dia menunggu panggilan atau teks daripada Raazi sehingga dia tertidur. Dia masih tak percaya bahawa Raazi mungkin mempermainkannya.

Ben menghela nafas lagi dan sambung menghabiskan buburnya. "Honestly, you should find out about that yourself," tambahnya.

Inara mencapai telefon bimbitnya dari meja tepi. "Look. Still no text, no calls from him. I've been here for days. I even fell sick. Not once he checks up on me despite his promise. If my phone is problematic due to whatever reason, he could call his home's landline. Or! He could call you to speak to me, or at least ask you how I've been doing. But he hasn't done any of that, has he?"

Mata Inara dan Ben bertentangan lagi. Inara menanti jawapan penuh pengharapan, hanya untuk dihancurkan lagi dengan kata-kata Ben. "No. I couldn't reach him either."

"That's what I thought," bisik Inara lalu meletakkan telefon ke tepi semula. Hatinya remuk, habis berkecai. Saat itu dia mula memutarkan kembali peristiwa demi peristiwa, dari awal perkenalannya dengan Raazi, sehinggalah dia membawa diri ke bumi kanggaru ini.

Adakah tepat keputusannya untuk lari ke pangkuan lelaki yang hanya dikenali dari alam maya selama ini?

"But he's coming back tomorrow. Don't worry too much about it. Ray is like that when he goes on tour. Always too busy, always unreachable. But he's caring when you're right before his eyes. That's just how he is. I can tell you that much."

Entah kenapa Ben memberitahu hal tersebut kepada Inara. Dia tahu hati gadis itu terluka. Dia tak mahu Inara bersedih sehingga tak mahu makan dan berterusan berduka sedangkan mereka harus kuat melawan Covid untuk 2 hari berikutnya.

Ben mengetuk tepi mangkuk Inara dengan sudunya. "Eat up. And then take your medicine."

Wajah Inara masih muram tapi dia capai juga sudunya. "Is that why you both broke up?" Inara bertanyakan soalan terakhir, lalu menyuapkan bubur sejuk ke dalam mulut sambil menunggu jawapan Ben.

"One of the many reasons."

Inara hanya mengangguk-angguk tanda faham. Benarlah Ben dan Raazi ialah pasangan bekas kekasih walaupun awal tadi Ben banyak bermain tarik tali. Lelaki misteri semalam juga tidak membohonginya. Hanya Raazi yang tidak jujur padanya.

Dan kini Inara punya keputusan besar untuk dibuat. Adakah dia patut memberi peluang kepada Raazi untuk menjelaskan perasaannya, atau Inara patut pulang sahaja ke Singapura sebelum lelaki itu pulang dari menjelajah?

***

A/N: kalau korang jadi Nara, nak bagi chance kat Raazi ke chow je terus?

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now