7

1.8K 81 6
                                    

Inara mendengar jelas Ben asyik berbolak-balik kerana berbaring di bawah. Lantai kayu tidak berkarpet itu pasti sejuk. Cuma bantal dan selimut yang mengalas kepala dan membaluti tubuh lelaki itu malam ini.

Pasti dia tidak selesa, fikir Inara. Sedangkan dia yang enak berbaring di keempukan tilam juga seperti cacing kepanasan. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Akhirnya dia nekad.

"Ben?" Inara memanggil perlahan.

Ben yang sedang berpusing dalam selimut, mungkin cuba mencari posisi yang selesa, berdiam diri sebentar sebelum menyahut, "Hm?"

"You wanna come up here?" ajak Inara.

Tak pernah seumur hidupnya terfikir dia yang akan mengajak seorang lelaki agar berkongsi katil dengannya. Katilnya diceroboh, itu sudah terlalu acapkali. Tapi menawarkan sebegini? Ini kali pertama. Inara gugup apabila Ben kekal diam.

Dia merapatkan dirinya ke dinding agar ada ruang yang cukup untuk jejaka sasa itu. Dia cuba mengajak sekali lagi. "It's uncomfortable down there. I can't make you sleep on the floor like that."

"I'm fine," balas Ben.

"Fine as in tossing and turning every 10 seconds," kata Inara. "Just come up. It's enough space for both of us. It's fine by me if you don't mind it too."

Dalam samar malam, Ben mengangkat separuh badan dari pembaringan dan menoleh ke atas katil. Matanya bertemu dengan mata Inara yang terkejut apabila kepala lelaki itu tiba-tiba menyongol. Gadis itu entah kenapa tertawa lucu dan menepuk-nepuk ruang sebelahnya. "Should be enough room for you."

Ben membuat kira-kira di dalam otak. Cuma tinggal berapa jam sebelum matahari naik. Dan pagi nanti dia perlu ke tapak perlombongan lagi. Perjalanan ke sana lebih jauh berbanding ke pejabat, jadi dia perlu berangkat lebih awal. Sudah dia cuba melelapkan diri tapi gagal. Alangkah seronoknya jika dia dapat lena di atas tilam empuk itu.

Sebelum dia mengubah fikiran, atau Inara menarik semula tawaran, Ben terus membawa bantal kepala dan selimutnya naik ke katil. Sebaik belakang badannya bertemu tilam, Ben mengeluh kelegaan.

Kehangatan tubuh Ben di sebelahnya seakan menebar sebaik jejaka itu selesa di sebelahnya. Inara tiba-tiba teringatkan Raazi, pujaan hatinya. Berdosakah dia kerana berkongsi katil dengan Ben malam ini?

"Ben?" Inara perlahan-lahan memanggil. Lelaki itu sudah menyilangkan lagi lengan ke atas muka; satu posisi tidur yang sepertinya habit buat lelaki itu.

Ben mendengar suara kecil Inara dari sebelahnya, tapi dia sudah separuh mengantuk dan separuh rimas. Apa lagi yang perempuan ini mahu daripadanya? Tak bolehkah biarkan dia kembali tidur dengan lena?

"Can we keep this just between us? I wouldn't want Raazi to know..." tambah Inara apabila Ben masih diam tidak berkutik. Dia tahu lelaki itu masih belum tidur, tapi dia perlu meminta satu hal itu.

Satu helaan nafas berat dilepaskan Ben, membuat Inara sedikit gusar dengan permintaannya. Ben menurunkan lengan dari mukanya dan menoleh ke arah Inara yang dari tadi memandangnya. "Keep what between us?"

Apabila mata mereka bertentang tanpa suara beberapa saat, Inara merasakan sesuatu yang berat di dalam hatinya. Tak pasti perasaan apa. Mungkinkah rasa bersalah?

"Everything that happened tonight. My nightmare, and especially this.. us sharing a bed. I don't think it's a good idea for Raazi to know," jawab Inara, semakin rasa serba salah. Mengapa dia rasa seperti mempergunakan kedua-dua lelaki untuk kepentingannya?

"Why not?" soal Ben kembali, masih tetap merenung tepat ke dalam anak mata Inara yang disimbahi cahaya malam. Terdetik di fikirannya, andai saja dia lelaki tulen, pasti sudah dicium gadis itu kerana redup anak matanya tulus dan mempesonakan.

"I like him," jawab Inara dengan jujur. "You're kind to me tonight, and I deeply appreciate it. But I like Raazi, and I want him to like me back."

Datang lagi perasaan cemburu di dalam hati Ben. Bukankah dia sudah menerima hakikat perpisahan antara dia dan Raazi? Jadi kenapa perasaan cemburu ini masih menyala-nyala? Andai saja Inara ini seorang lelaki, pasti sudah diterkam dan ditumbuk mukanya dek cemburu buta.

"I don't see a reason to disclose to him that I share a bed with a woman," jawab Ben.

Inara mengedipkan mata beberapa kali sebelum mengukir senyuman. Jawapan Ben itu cukup baik untuknya. "Thank you. I'll let you sleep now. Goodnight, Ben."

Ben hanya mengangguk kecil dan menyilang semula lengan, malah tubuhnya juga seakan mengiring sedikit agar membelakangkan Inara. Tak mengambil hati, Inara kembali menyelesakan diri dan menutup mata.

Tapi ruang bawah katil ini menyesakkannya. Tangisannya cuba ditahan apabila Inez mendengar pintu bilik terkuak. Tapi apabila suara bondanya yang memanggil, Inez keluar dari bawah katil dan terus memeluk bondanya.

"Kenapa baby bonda menangis ni?" Wanita awal 40-an itu mula panik. Sejak pulang dari kelas tambahan tadi, Inez tidak turun makan.

Dia ada bertanya pada suaminya, tapi Muazzam cuma menjawab Inez memang sudah monyok sejak dijemputnya dari sekolah. Dia tidak pula memberitahu bagaimana tangannya merayap ke bawah skirt baju sekolah Inez di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang.

Ben terjaga semula apabila Inara di sebelahnya menangis. Bermimpi lagikah dia?

Inara berpusing dan menyelitkan dirinya di bawah ketiak Ben. Lengan lelaki itu yang tadi masih di kepala, kini tak tahu mahu diletak di mana. Sebelah tangan Inara pula melingkar di pinggangnya. Ben mati akal.

"Bonda teman Inez tidur ya?" bisik Inara dalam esakan mimpinya. Kemudian, sisa tangisannya berhenti dan Inara menyambung tidur.

Ben menghela nafas panjang. Siapa pula Inez?

Sewaktu dia memberikan Wi-fi ke dalam telefon bimbit Inara malam tadi, dia perasan beberapa notifikasi yang langsung masuk. Melalui previu mesej, sempat dia terbaca Inara dipanggil dengan beberapa nama yang berbeza, seperti Asha dan Vika. Adakah Inez juga seangkatan dengannya? Atau mungkinkah.. Nara?

Siapa gadis ini sebetulnya? Apakah identiti sebenarnya? Adakah Raazi sudah ditipu oleh Inara, sama seperti lelaki-lelaki malang yang ditipu Asha dan Vika?

Ya, pasti Inez identiti sebenarnya. Masakan dia memanggil bonda menggunakan nama samarannya. Jika wanita ini cuba mengambil kesempatan terhadap Raazi, dia akan mencari jalan untuk membongkarnya.

Gadis ini perlu dihapuskan. Raazi perlu diselamatkan.

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now