11

1.7K 81 27
                                    

"High fever emergency! She's unconscious!" jerit Ben dengan tekak yang terasa berpasir, sambil mendukung Inara masuk ke ruangan lobi kecemasan. Seorang jururawat yang melihat Ben dan Inara sama-sama memakai pelitup muka terus memanggil mereka agar mengikutinya ke sebuah ruangan tertutup.

Suspect Cluster. Sempat Ben membaca nama ruangan khas itu. Mereka masuk ke satu bilik rawatan. Seorang doktor dan jururawat bersama visor jernih di muka mereka pantas menghampiri sebaik Ben membaringkan Inara ke atas katil.

Beberapa pemeriksaan awal seperti reaksi kornea mata dan ujian suhu telinga terus dibuat. Ben dapat lihat jelas riak wajah doktor tersebut yang berubah sebaik membaca suhu yang tertera di termometer.

"40 degree Celcius. She's burning up," kata doktor tersebut. "How long has she been like this?"

"Uhh, she was fine last night," Ben mengagak. "Should be less than 24 hours."

"I will treat her high fever first through IV drip. She's way too dehydrated. Do you know if she has other symptoms?" tanya doktor itu lagi. Ben cuma menggelengkan kepala. "We'll test her for Covid to rule it out. Is she vaccinated?"

Ben menggeleng lagi. "Honestly I have no idea. She just arrived yesterday to visit our mutual friend, but he's out-stationed."

"She's a foreigner? Where from?" Seorang pembantu lain datang dan mengajak Ben duduk di meja pendaftaran, tak jauh dari ruangan pemeriksaan. "Come here, let's register her first. Do you have her documentation?"

Ben meletakkan di atas meja beg tangan Inara yang sempat dicapainya sebelum bertolak tadi. Diselongkar isi beg itu dan menjumpai passport. "This will do?"

Pembantu klinik kecemasan itu senyum dan mengambil passport Inara dari tangan Ben. Dibelek-belek buku kecil itu sambil menekan-nekan tetikus dan papan kekunci. Ben menoleh ke arah katil dan melihat tiub cecair sudah dipasangkan ke lengan Inara.

"Confirm her identity, Dyenarra Inez Dimitri, 26 female from Malaysia?" tanya Alisa, pembantu yang sedang mendaftarkan Inara.

Ben laju memandang kembali pembantu tersebut dengan kening berkerut. "Come again??"

"Dyenarra Inez Dimitri from Malaysia?" ulang Alisa, menambah kerutan di kening Ben.

"She's not from Singapore?" Ben tak pasti tekaan itu datang dari mana. Entah kenapa dia menyangka Inara ialah kawan Raazi dari Singapura.

"It's a Malaysian passport," jawab Alisa sambil menunjukkan muka depan buku kecil itu. "But she has plenty stamps from Singapore. She must have travelled back and forth a lot."

Ben cuma tersenyum sumbing dengan kekhilafan diri. Bagaimana dia boleh jadi begini cuai hari ini? Ben berdehem apabila tekaknya mula terasa kesat dan membuahkan senyuman untuk menutup malu. "Yeah, that's her. I must have mistaken it."

Alisa cuma senyum dan kembali menaip sesuatu di komputernya sebelum memulangkan semula passport Inara kepada Ben. Tergerak di hati Ben untuk membuka buku kecil itu. Dia harus pastikan sesuatu.

Dinara Inez Dimitri. Nafas Ben mula sesak.

Itu nama penuh Inara. Dia memang Nara. Dan dia juga Inez. Maknanya dia tidak menipu Raazi? Tapi kenapa begitu banyak nama? Siapa Asha? Vika? Dan entah apa lagi nama lain yang tak dapat diingatinya?

Ben membaca nama dan maklumat yang tertera dalam passport itu sekali lagi. Dinara Inez Dimitri, wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Malaysia. Jantung Ben semakin laju. Tak mungkin dia silap perhitungan?

"She's positive," sampuk Dr. Miles sambil memandang Ben. "We will need you tested, too."

"What?" Pandangan Ben pula sedikit kabur.

"She's Covid positive. You've been in close contact with her. We need to test you too for Covid," jelas Dr. Miles.

"I can't be positive. I have important work," kata Ben, mula risau dengan pekerjaannya yang akan tergendala jika dia disahkan terjangkit sama. Kuarantin di sini memandatorikan sekurang-kurangnya 3 hari berkurung. Masalahnya, jika pekerjaannya di sini tidak diselesaikan dalam tempoh yang dia peruntukkan, dia terpaksa menganjak penginapan di bandar ini.

"Your life is more important," balas Dr. Miles.

Ben menyelesaikan pendaftaran untuk dirinya juga sebelum diminta berbaring di katil bersebelahan dengan Inara.

Jururawat yang membantu doktor itu menghampiri Ben pula bersama dulang berisi peralatan untuk mendapatkan swab dari dalam hidung Ben. Suhu badannya diambil dan termometer menunjukkan 38 darjah Celcius. Kemudian, Ben turut diberikan titisan IV bersama injeksi ubat untuk merawati Covid.

Selepas itu, dia menjadi separa sedar akibat ubat.

"Get some rest. Your fever should go away within a couple hours. You both can go home afterwards, but stay quarantined for 3 days. If fever returns within 24 hours, please come for a follow-up. You will be granted medical leaves for your work," terang doktor tersebut sebelum meninggalkan bilik rawatan.

Selepas Ben ditinggalkan berdua bersama Inara di bilik rawatan itu, sempat dia menoleh ke katil sebelah. Wajah Inara cuba diperhatikannya sebelum Ben terlena.

Apabila Inara terjaga beberapa jam kemudian, dia keliru. Di manakah dia?

"You're up," sapa seorang wanita berpakaian seperti jururawat di sebelah katil Inara.

"Why am I here?" tanya Inara sambil jururawat itu menanggalkan jarum titisan IV di lengannya.

"Your boyfriend brought you in. You both were tested positive for Covid," jelas jururawat yang bertag nama Cindy itu.

Inara bertambah keliru dengan kenyataan pertama Cindy tapi kenyataan keduanya lebih memeranjatkannya. "We were what?!"

Cindy tersenyum sambil menyudahkan Inara untuk dibawa pulang. "Don't worry. Your boyfriend took you in time. Medication for Covid should continue working in the next 24 hours, so please have plenty of rest. And stay indoor for the next 3 days. If you catch fever again, please come back for a booster shot."

Kenyataan 'boyfriend' itu mengelirukan Inara semula. Raazi sudah pulang ke? Raazi membawanya ke hospital kerana menyedari dia tidak sihat?

"Where is he?" tanya Inara penuh keterujaan. Walaupun ini bukanlah masa yang tepat untuk bertemu 4 mata kali pertama, tapi momen ini jauh lebih bermakna. Raazi masih peka padanya. Lihatlah, Raazi menjaganya seperti yang disangka.

"He's at the front desk, settling the bills and collecting your medication for the next 3 days. Please start them tomorrow and finish everything okay? Your boyfriend will come back here to pick you up," pesan Cindy lagi sebelum berlalu pergi.

Jantung Inara berdebar-debar. Rambutnya yang pasti kusut masai cuba disisir dengan jari. Malah bau nafasnya juga diperiksa. Tapi apabila sesusuk tubuh muncul di pintu bilik rawatan, harapan Inara berkecai. Hatinya berderai.

"Ready to go home?" ajak Ben dengan wajah pucat.

***
A/N: obviously this covid is my fictional covid lol, who do you ship so far?

D.I.D: Dinara Inez DimitriΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα