𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟖

6.8K 359 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEMINGGU Zehra dengan Dhariz duduk dirumah keluarga Zehra. Selepas seminggu barulah mereka berpindah duduk di rumah yang dihadiahkan oleh Puan Adorah dan Tuan Affan.

Pada pagi itu, Zehra sedang menyiapkan sarapan untuk keluarganya dan suaminya. Tiba-tiba dia rasa rajin nak memasak untuk mereka. Eh dia kan orang gaji Puan Adorah dan Tuan Affan mesti la kena rajin.

Sedang dia menyiapkan juadah pada pagi itu, Dhariz datang kepadanya. Awal pula suaminya itu bangun. Lantak la. Zehra sambung membuat kerjanya itu dengan kusyuk.

"Kau pandai masak ke?" soalan iq terendah daripada Dhariz Aydan. Zehra menjongketkan keningnya. Apa dia ingat aku tak pandai masak ke.

"Awak ingat saya tak reti masak ke? Saya orang gaji dalam rumah ni, mesti la saya pandai masak." perkataan orang gaji ditekan olehnya. Betul la kalau nak jadi orang gaji, mesti la kena pandai memasak.

"Mana la tau kot-kot la kau tak pandai masak. Aku rasa Zahra lagi pandai masak dari kau." kenapa mesti sebut nama kak Zahra? Dia sedar tak dia cakap dengan isteri dia?

"Jangan menilai dari luaran, tapi nilai la dari segi dalaman," balas Zehra. Dia berdoa sangat kepada tuhan supaya suaminya itu lupakan cinta hatinya. Sekarang ini dia adalah isteri lelaki itu bukan kak Zahra.

Setelah siap memasak, Zehra mengambil senduk kemudian dia mencedok kuah yang dimasak olehnya ke dalam mangkuk kaca. Dia mengambil pula air yang berada di dalam peti ais untuk meletakkan di dalam cawan.

Seusai siap, dia membawa pergi ke semua juadah itu ke ruang makan. Dia meninggalkan Dhariz keseorangan di dapur. Lantak dia la. Malas nak fikir.

Sedang dia menyusun apa yang patut, dia nampak bayang Puan Adorah dan Tuan Affan turun ke bawah. Sekarang masa untuk sarapan, sebab itu semua orang turun. Ouh ya, lepas habis ni susun semua tu, dia akan makan di bar island itu.

"Puan dan Tuan makan la," Zehra menghadiahkan senyuman buat mereka. Puan Adorah dan Tuan Affan hanya diam sambil mengambil tempat.

Dhariz datang ke arah mereka dan mengambil tempat di ruang makan itu. Zehra cepat-cepat menyedok nasi dan lauk untuk mereka semua. Tidak lupa juga, air jus tembikai yang berada di atas meja itu diambil lalu dituang ke dalam cawan milik Dhariz, Puan Adorah dan Tuan Affan.

"Jemput makan semua," kata Zehra kemudian dia ingin berlalu pergi. Dia taknak duduk situ lama-lama. Baik dia pergi makan daripada duduk kat situ saja tengok mereka makan.

Zehra pergi ke bar island untuk menjamu selera. Kalau nak makan dekat ruang makan tu nanti risau kalau Puan Adorah dan Tuan Affan hilang selera melihat dirinya.

Dengan bacaan basmallah, dia makan lauk yang ada dekat situ. Nanti lepas makan dia nak kena buat kerja pula. Maklum la orang gaji kan. Yang lain semua goyang kaki je. Dia seorang yang kena buat kerja.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now