𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟐𝟑

4.8K 271 21
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"MARI lah masuk Riz, Zehra. Mama nak pergi masak sekejap. Nanti kalau dah siap masak, mama panggil," Puan Adorah mempelawa mereka berdua untuk masuk ke dalam rumah. Dhariz dan Zehra pun masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.

Anak mata Zehra memandang ke arah sekeliling bagaikan rusa masuk ke kampung. Dengan langkah yang sedikit perlahan, dia pergi ke arah Dhariz yang sudah jauh meninggalkan dirinya.

"Mama, tolong Zahra sekejap boleh tak?" mendengar suara itu membuatkan langkah Zehra yang perlahan itu semakin perlahan.

Dia tak salah dengar kan? Bukankah itu suara kakaknya? Macam mana kakak dia boleh pulang ke rumah? Banyak persoalan yang bermain dibenaknya.

Dia tak mahu kak Zahra tahu dia berada disitu, lalu dengan cepat dia naik ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam biliknya, Zehra menghembuskan nafas lega.

Dhariz yang nampak isterinya seperti dikejar oleh anjing itu bertanya.

"Kau pahal Zehra?" Zehra terlupa bahawa ada makhluk lain dalam biliknya. Zehra diam seketika sebelum dia menjawab.

"Saya nak tanya ni dan saya nak awak jujur," ujar Zehra. Dhariz yang sedang menyarungkan baju itu terdiam seketika.

Harapnya isterinya tidak persoalkan kepulangan kakaknya yang secara tiba-tiba itu.

"Ap–apa tu?" dia cuba untuk bertenang. Zehra memikirkan soalan apa yang patut dilontarkan kepada suaminya.

"Saya nak tanya, awak dah tahu ke pasal kak Zahra?" Dhariz terbungkam. Apa yang dia patut jawab? Adakah dia patut jujur atau menipu?

"Please Dhariz jujur dengan saya," ujar Zehra sambil dua tangannya dicantumkan. Dia cuma inginkan kejujuran bukan penipuan.

"Kau nak sangat aku jujur kan. Yes aku dah tahu pasal kakak kau," balas Dhariz. Hampir saja Zehra menitiskan air jernihnya tetapi dia cuba untuk menahan emosinya.

"Maksudnya masa awak kata awak nak pergi kerja tu sebenarnya awak datang sini kan sebab kak Zahra dah balik," kata Zehra.

Patut lah suaminya itu menipunya. Rupanya sebab Dhariz tak mahu beritahunya bahawa kak Zahra dah pulang.

"Yes. Masa aku nak pergi kerja malam tu aku datang ke sini. Dan sumpah aku langsung tak tahu yang Zahra ada dekat rumah ni," betul katanya. Semasa dia pergi ke rumah mak mertuanya, dia langsung tidak tahu yang Zahra ada dekat rumah mak mertuanya.

"Awak tipu je kan," dia menampar kuat dada Dhariz sambil menangis. Sampai hati suaminya tak beritahu dirinya tentang kak Zahra. Dhariz hanya biarkan. Dia faham perasaan isterinya.

"Aku tak tipu sayang," dia menangkap tangan kecil isterinya lalu dia memeluk erat tubuh comel isterinya. Zehra masih menangis tetapi sudah berkurangan.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now