𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟐𝟐

5.2K 290 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




PADA pagi itu, Zehra dan Dhariz ralit menonton televisyen itu tergendala tatkala telefon pintar milik Dhariz berbunyi.

Dhariz melihat sekilas wajah Zehra sebelum dia mengambil telefon tersebut. Nama si pemanggil dilihat olehnya.

Dah kenapa pula mak mertuanya menghubunginya? Ada perkara penting ke?

Dhariz mengangkat panggilan tersebut sebelum dia memulakan kata.

"Assalamualaikum, kenapa mama call Riz ni?" Zehra hanya melihat Dhariz yang sedang menjawab panggilan itu.

Kenapa mama menghubungi Dhariz? Ah lantak lah, Malas nak fikir. Zehra terus menonton televisyen.

"Mama call kamu sebab mama nak kamu tidur dekat rumah mama. Kalau boleh bawak Zehra sekali ye," ujar Puan Adorah.

Dhariz yang mendengar itu hanya menganggukkan kepala walaupun Puan Adorah tak nampak perbuatannya.

"Boleh je. Nanti Riz bagitau Zehra," lalu dia mematikan panggilan tersebut. Dia pandang sekilas wajah Zehra yang kusyuk menonton televisyen itu sebelum dia berkata.

"Zehra aku ada benda nak cakap ni," Zehra yang kusyuk menonton televisyen itu mengalihkan pandangannya pada suaminya.

"Cakap apa tu?" soalnya.

"Tadi mama call aku cakap dia nak kita tidur dekat rumah mama dan papa," terangnya. Dia pun tak tahu kenapa mak mertuanya mahu mereka berdua tidur di sana.

"Buat apa tidur dekat sana?" Zehra mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula mereka perlu tidur di sana. Pelik bin ajaib betul lah mama dia tu.

Dhariz hanya mengangkat bahunya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa mak mertuanya menyuruh mereka tidur di sana.

"Aku pun tak tahu. Tadi mama cuma call cakap suruh kita tidur dekat rumah dia je. Takde pulak dia cakap kenapa," Zehra cuma menganggukkan kepala tanda faham dengan kata suaminya.

"Bila mama suruh kita pergi sana?" soal Zehra.

"Bila tu tak ada pula mama cakap. Tak apa nanti aku tanya dia," kata Dhariz.

"Dhariz," panggil Zehra. Dhariz menjungkitkan sebelah keningnya.

"Awak ada sembunyikan apa-apa ke daripada saya?" dia hanya sekadar bertanya. Dhariz terbungkam. Apa yang patut dia katakan pada Zehra.

"Tak–tak ada lah. Mana ada aku sembunyikan apa-apa dari kau," kata Dhariz lalu dia ketawa halus bagi menghilangkan rasa kekok di antara mereka.

Dia tak mahu Zehra tahu tentang Zahra. Bila mereka sampai di rumah Puan Adorah dan Tuan Affan nanti dia akan tahu yang Zahra sudah pulang ke rumah keluarga Zehra.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now