𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟐

8.5K 470 33
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DHARIZ kusut memikirkan hal yang dikatakan oleh ibunya semalam. Kenapa susah sangat untuk dia buat keputusan?

"Ibu nak kamu kahwin jugak dengan Zahra. Ibu tak suka kamu bawak Zahra ke hulur hilir tanpa ikatan yang halal," kata Puan Farra. Dia tak suka melihat anaknya membawa Zahra itu keluar merata-rata.

Dia risau sekiranya terjadi apa-apa sehingga akhirnya anak dia juga yang perlu bertanggungjawab.

"Tapi Dhariz tak bersedia lagi la ibu. Lagipun Dhariz dah bagitau Zahra yang kitorang akan kahwin tahun depan," balas Dhariz. Baru sahaja seminggu yang lepas mereka berbincang nak berkahwin pada tahun hadapan.

Zahra kan nak sambung belajar ke luar negara jadi mesti lah mereka perlu merancang perkahwinan mereka sedikit awal.

"Ibu tak kira ibu nak jugak kamu kahwin dengan Zahra. Nanti ibu bincang dengan mama Zahra pasal perkahwinan korang berdua," ujar Puan Farra sebelum dia meninggalkan anaknya bersendirian.

Lamunan Dhariz mati tatkala bahunya disentuh oleh seseorang. Dhariz memandang orang itu sebelum matanya memandang ke hadapan.

"Kau pahal ni bro, ada problem ke?" soal kawan Dhariz, Eshan Hazry. Dhariz memandang sekilas wajah kawannya itu sebelum dia membuka mulut.

"Aku okay je. Cuma ada masalah keluarga sikit," kata Dhariz. Dia tidak mahu menyusahkan kawannya dengan masalah yang dihadapi olehnya.

"Takpe aku faham. Aku tak ada hak nak masuk campur walaupun aku kawan kau," ujar Eshan. Dia seorang yang tak suka masuk campur hal orang lain.

"Thanks Shan sebab faham aku," beruntung dia ada kawan sebaik Eshan. Dia bersyukur sebab Eshan sentiasa menemaninya saat dia dalam kekusutan.

"Takde hal lah. Kau kan kawan aku," Eshan tersenyum lebar hingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

Dhariz turut tersenyum. Dia berdoa agar persahabatan antara dia dan Eshan kekal sampai bila-bila.

Sedang mereka berdua diam melayan perasaan sendiri, telefon Dhariz berbunyi minta untuk diangkat. Dhariz memandang sekilas Wajah Eshan sebelum dia mengangkat panggilan itu.

"Hello kenapa sayang call?" soal Dhariz. Siapa lagi yang nak call dia kalau bukan Zahra. Satunya gadis yang dia sayang selain daripada ibunya.

"I nak cakap pasal perkahwinan kita. Boleh kita berjumpa?" ujar Zahra. Dhariz berkira-kira sama ada mahu pergi ataupun tidak.

Eshan membuat isyarat kepada Dhariz menyuruh kawannya pergi berjumpa dengan Zahra. Lagipun dia sudah biasa keseorangan.

Setelah Dhariz mematikan panggilan tersebut, Dhariz memohon maaf kepada Eshan.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now