𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟗

5.1K 303 30
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



ZAHRA yang sedang menonton televisyen itu tersentak tatkala Puan Adorah menepuk perlahan bahunya. Zahra memandang sekilas wajah mamanya.

"Kenapa mama?" dia menumpukan sepenuhnya perhatian kepada mamanya. Puan Adorah berdehem sekejap sebelum dia bercakap.

"Mama nak tanya ni, kamu okay ke nak kahwin dengan Dhariz?" tanya Puan Adorah.

Dia cuma menginginkan kepastian supaya dia tak mahu dapat malu disebabkan Zahra meninggalkan hari pernikahan tersebut.

Zahra menganggukkan kepalanya laju. Mesti lah dia okay. Sekarang dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Dhariz Aydan.

"Mesti la Zahra okay nak kahwin dengan Dhariz. Zahra dah bersedia nak jadi isteri Dhariz," kata Zahra dengan riak yang teruja. Puan Adorah hanya tersenyum.

"Bagus lah kalau macam tu. Mama nak sangat tengok kamu dengan Dhariz dekat atas pelamin nanti," ujar Puan Adorah.

Sungguh dia tak sabar mahu melihat anaknya naik pelamin dengan menantunya. Biar padan muka Zehra. Si Zehra tu langsung tak layak dapat suami seperti Dhariz.

"Mama Zahra nak tanya ni," Puan Adorah yang baru sahaja ingin mengambil buah yang ada di atas meja itu terbantut.

"Hari itu mama ada cakap yang Zehra kahwin dengan Dhariz kan?" tanya Zahra. Puan Adorah menganggukkan kepalanya.

"Haah kenapa?" kata Puan Adorah sambil dia makan buah pelam yang ada di atas meja tersebut. Sedap lah pula buah ni.

"Kalau Zahra kahwin dengan Dhariz, of course diorang kena berceraikan?" ujar Zahra. Ustaz mana entah kata adik beradik tak boleh kahwin dengan lelaki yang sama.

"Iya, kenapa sayang?" soal Puan Adorah. Kalau Zahra kahwin dengan Dhariz, Dhariz kena bercerai dengan Zehra.

"Mama ni lambat lah. Ermm–apa kata kita jatuhkan Zehra nak tak mama?" ujar Zahra. Dari dulu lagi dia memang nak jatuhkan Zehra.

Dia bukan suka dengan perempuan bodoh tu. Sudah lah kekasih orang pun dia nak rembat. Dasar perempuan tak tahu malu.

"Bagus jugak idea kamu tu sayang. Dah lama mama tunggu saat ni tau," kata Puan Adorah sambil tersenyum sinis.

Tunggu kau perempuan. Memang aku akan buat kau tersungkur dan tinggalkan menantu aku, desis hati Puan Adorah.

"Betul ma. Zahra pun tunggu saat ni. Tak sabar Zahra nak jatuhkan perempuan tak guna tu," ujar Zahra. Berani kau rampas kekasih aku kan. Kau tunggu balasan dari aku, Zehra. Kau takkan boleh bahagia.

"Mama, ibu dah tau ke yang Zahra dah balik?" lupa pula pasal bakal mertuanya itu. Nanti lah dia telefon Puan Farra menanyakan khabar.

"Dia tahu. Katanya esok dia nak datang rumah nak tengok kamu," katanya sambil tangannya naik menyentuh rambut hitam pekat anaknya yang diikat kemas itu.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now