Bab 66

1.2K 43 16
                                    

“Phewitt!”

“Fuhh! Sedondon!”

Teruk aku disakat mereka. Entah bagaimana boleh terlepas gambar ‘sweet moment’ tu. Tahu-tahu saja sudah ada di tangan Ashraff di Astaka Seri Dewi. Membahang wajah aku diusik sebegitu. Muka yang tadinya putih kini bertukar menjadi kelabu!

“Haaa… nak sorok-sorok konon, last-last kantoi depan kita orang.” D menyenggol siku ke pinggang aku. Aku tepis. Tempat sensitip!

“Ada apa-apa pengakuan, guys?” Farhan dan Humairah dipandang bersilih ganti. Dua-dua jadi pendiam sekarang.

“Aik, bisu ke?” usik Hakim. Aku menjeling tajam. Hmmph! Takkan sesekali aku jawab.

“Salah ke?” pertanyaan Farhan meriuhkan lagi suasana.

Aku ternganga. Erk! Lain yang diharap, lain yang dapat.

“Ooi! Korang dengar tak? Salah ke pakai sedondon? Haaa dah sah ada pape!” gaya Putera tak ubah seperti paparazi pondan. Meliuk lentok!

“Secara kebetulan tahun ni tema family aku ungu. And… secara kebetulan juga dia beli warna yang sama. Adakah itu dikira satu dosa?” Farhan memutar belit fakta. Aku tersenyum sendiri melihat rakan-rakanku terdiam sambil berfikir sejenak. Emm pandai kau main tarik tali… desis hatiku.

“Eh yeke?”

“Macam tak percaya je!”

“Betul?”

Aku tahu mereka takut untuk membidas lagi kerana Farhan dah keluarkan fatwa. Mereka pandang aku, aku membalas dengan jongket bahu. No comment!

“Tapi kau happykan? Tahun ni sama tema dengan kekasih hati?” giat Aizat. Dia tak puas hati selagi belum mendengar ayat yang sepatutnya diucapkan. Farhan pandai pesong topik.

Dari kerlinganku Farhan perlahan-lahan mengukir senyum. Tetapi sekejap saja bila terperasan aku curi-curi tengok dia. Serentak dia jeling. Amboi!

“Dah prepare untuk exam?”

“Tengok tu! Dia ubah topik, bhai.” Cebik Putera. Aiskrim Malaysia perisa coklat disedut lagi.

“Tahulah terror. Segala info dalam kepala. Intisari pun hafal.” Sindir Syafiq. Agak sentap sikit lor sama wa punya hati… muka budak tak belajar masa kat rumah!

“Kalau belajar, kita sama terror. Tak ada lebih dan kurang.” Farhan mula berfalsafah.

Hurmm sebut pasal exam ni kan, aku teringat la dekat budak-budak yang kena buang sekolah tu.”

Suasana sepi seketika. Ashraff menggigit bibir. Erk! Aku tersilap timing. Farhan memaku pandangan tajam tanda amaran keras. Izuan tak senang duduk.

“Haah ek? Aku sampai sekarang tak tahu apesal dia orang kena buang sekolah.” Sampuk Hakim seraya menongkat dagu.

“Senyap je. Khabar berita pun tak ada. Selalu ramai bergosip. Ini ketua gosip kena buang sekolah, terus sunyi.” Komen Khairul pula. Pelik pun ada gak! Tapi bagus juga. Tak ada la banyak dosa mengumpat.

Aku terdiam. Hati dirundung rasa bersalah…

“Ah! Biarkan je la. Yang penting kita teruskan belajar. Dah kena buang sekolah, of course ada sebab. Takkan pengetua saja-saja nak buang dia orang.”

Izuan pula bersuara meredakan keadaan. Dia tak betah melihat air muka Humairah tiba-tiba muram. Hati lelakinya bagai dicengkam.

“Hmm betul juga kata kau, Izuan.” Wana bersetuju. Yang lain juga mengangguk.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now