Bab 41

1.1K 52 2
                                    

“PAGI ini kita akan mulakan jungle tracking. Tapi sebelum itu kita akan memanaskan badan dulu supaya otot-otot awak semua ini tak tegang masa berjalan dalam hutan. Izuan, Farhan, Khairul dan Aizat sila tampil ke depan.”

Dengan sorakan yang kuat dari pelajar-pelajar, mereka berempat tampil ke depan dengan penuh gaya dan personaliti. Semua macho-macho dan stylo!

Selepas saja kami buat warming up, cikgu-cikgu menyuruh kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing seperti semalam. Aku dan Aisyah sudah berdiri dalam kumpulan kami yang diketuai Farhan kerana majoriti semua menyokong penuh dia menjadi ketua. Izuan menjadi penolong. Dalam pada masa yang sama, Ammy dan Adryana menjeling tajam anak mataku yang kebetulan terpandang mereka. Serta merta cabaran semalam terpahat di ingatan.

“Baiklah. Kamu semua mesti ikut pada peta yang cikgu dah bagi ni ya? Peta ini ada pada setiap penolong ketua kumpulan kamu semua. Setiap tempat yang kamu dah lalu, kamu mesti pangkah dengan tanda X. Itu bermaksud awak telah habiskan check point pertama dan seterusnya. Faham semua?” lantang Cikgu Samad bersuara.

“Faham, cikgu!” kami serentak menjerit. 120 orang jerit, memang kuatlah kan? Itu pun dikira sedikit kalau tak campur dengan the real form five sebanyak 600 lebih pelajar.

Segala keperluan dibawa setiap seorang. Mana tahu ada emergency case ke kan? Biskut-biskut dan air mineral sudah selamat dalam beg sport milikku. Tak ketinggalan juga mp3 dan earphone. Tempat melepaskan tekanan!

“Aku terasa macam kita masuk Amazing Race je.” Ujar Aisyah sewaktu kami sedang berkemas di khemah.

Aku tergelak kecil. “Baru feel, Syah. Lagipun kalau datang hutan tak buat aktiviti macam ni tak seronoklah. Dah nama pun Kem Bina Semangat, kan? Mesti yang mencabar buat kita semua.”

Aisyah angguk. Teriakan Hakim membuatkan kami menoleh. Lambaiannya sudah cukup kami fahami. Aktiviti dah nak mula. Cepat-cepat aku dan Aisyah memasuki barisan di belakang Hakim dan Khairul. Entah kenapa perutku tiba-tiba saja buat hal. Rasa sakit yang mencengkam sama seperti aku datang bulan. Aku mencongak.

‘Dua minggu lepas dah datang. Takkan ni tanda-tanda nak datang lagi? Isk! Mungkin sakit sebab tak sarap macam selalu agaknya. Yalah, tadi aku makan biskut je.’ Getus hatiku.

“Okey, semua dah ada? Kita akan mulakan jungle tracking tapi sebelum tu kita tukar kedudukan. Lelaki dalam 3-4 orang sebagai penjaga dekat belakang.” Pinta Izuan.

Khairul dan Hakim membantu menyusun pelajar-pelajar seperti yang diperkatakan Izuan. Beg aku ditarik Hakim agar beratur di depan dua orang pelajar perempuan yang tak dikenali rapat tapi kenal muka aje la memandangkan pernah nampak dekat sekolah.

“Nak tarik tu kasi salam dululah! Rosak beg aku!” rungutku. Hakim sengih.

Sorry, Mai. Nak cepatlah.” Aku mencebik. Aisyah tersenyum-senyum di sebelah. Sesudah siap barisan dengan pelajar lelaki menjadi penanda dan penghujung, kami memulakan aktiviti ini. Kami kumpulan pertama yang berjalan meredah hutan. Dengan peta yang diberikan Cikgu Namisah, kami sudah berjaya melepasi check point pertama. Anak panah berwarna hijau yang dipacakkan pada tanah dicabut oleh Farhan.

“Tanda X.” Suruh Farhan. Izuan angguk. Marker merah dikeluarkan lalu menanda pada peta itu.

“Farhan, I penatlah. Rehat dulu boleh tak?” Ammy merengek di belakang saat kami baru saja hendak melangkah ke depan.

Farhan merenung Izuan sebelum mengangguk. “Rehat 10 minit.” Katanya. Semua sudah terduduk di rumput menghijau. Peluh yang menitis di dahi dikesat dengan hujung tudung. Aisyah menyuakan air mineral padaku. Aku tersenyum lalu mengambilnya. Baru saja meneguk kali pertama, perutku kembali sakit seperti tadi. Spontan tangan kiri menekan perut beralaskan cardigan kelabu.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now