Bab 47

1.2K 57 25
                                    

MASA berganti masa. Hari berganti hari. Tuan empunya badan masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas saja peristiwa hitam itu berlaku. Sudah dua minggu dia koma. Dan setiap kali itu jugalah ahli keluarganya tidak putus-putus berdoa agar anak mereka ‘hidup’ kembali seperti sediakala.

Tombol pintu dipulas perlahan. Kedengaran merdu sekali bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kamar hospital. Puan Hanani tekun membaca surah yassin ditepi katil anaknya itu. setiap hari pasti dia akan melawat dan menyedekahkan pahala buat anaknya yang dikasihi sepenuh hati.

“Assalamualaikum,”

Puan Hanani mengangkat muka tatkala pintu terkuak dari luar. Senyuman terukir di hujung bibir. “Waalaikumussalam. Dah lama sampai?”

“Baru aje, ma.” Farhan tunduk menyalami ibunya. Dia duduk di hujung birai katil. Wajah yang sedang lena beradu itu direnung tidak berkelip.

“Ada apa-apa perubahan, mama?”

“Buat masa ni belum lagi, angah. Kita berdoa aje la semoga dia cepat sembuh dan sedar semula. Angah dah makan?” lembut dia bertanya.

Farhan angguk. “Baru lepas makan dengan papa dekat kafe tadi. Uncle pun ada sekali. Aunty mana, ma?” matanya melilau mencari Puan Husna. Selalunya wanita murah senyuman itu sentiasa disamping mama.

“Mama Husna pergi solat. Sekejap lagi adalah. Angah nak baca yassin?” pelawa Puan Hanani.

Farhan angguk. “Han nak ambil wudu’ kejap.” Baru saja dia bangun, mesin ditepi meja katil berbunyi. Puan Hanani menoleh lalu berdiri. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.

“Tittttttttttttt..... tittttttttttttttttt....”

Mata Farhan memaku pada mesin jangka hayat itu. Nombornya bertukar-tukar. Malah titik garis itu juga berubah menjadi senada. Tiba-tiba dada pesakit berombak laju. Puan Hanani meletakkan yassin dikatil. Wajah anaknya dipandang cemas.

“Farhan! Panggil doktor lekas!!”

Farhan terus saja berlari keluar. Bahagian kaunter dituju. Kebetulan doktor yang merawat Humairah ada disitu.

“Doktor! Pesakit bilik 1A....” dia tidak mampu untuk menyambung ayatnya. Akibat panik, dia tidak dapat menyusun ayat.

“Nurse!”

Doktor itu memahami lantas memanggil jururawat di situ. Mereka berlari masuk ke bilik 1A. Waktu itu juga kelibat Puan Husna yang sedang berjalan dari blok surau kelihatan. Puan Hanani segera memanggil.

“Kenapa Nani?”

“Maira... tadi mesin tu bunyi..... dada dia berombak.... doktor dah masuk dalam. Sekarang dia tengah periksa Maira.”

“Allah, janganlah diapa-apakan anakku.” Puan Husna memanjatkan doa pada Ilahi. Dia belum bersedia untuk menghadapi hakikat itu. Bahunya dipaut Puan Hanani.

“Sabarlah, Na. Kita berdoa supaya anak kita selamat dalam lindungan Allah.”

Farhan menghantar mesej pada Tengku Umar. Dua minit kemudian kelihatan figura papanya bersama abah Humairah. Langkah kian laju mendekati mereka bertiga.

“Macam mana keadaan Mai?” cemas nada suara Encik Syakir. Dilihat isterinya berwajah muram.

“Doktor tengah periksa dekat dalam tu. Tiba-tiba aje dada dia berombak kuat masa Nani baca yassin tadi.” cerita Puan Hanani.

Encik Syakir meraup muka dengan tangan. Nafasnya ditarik perlahan. Cemas dia apabila diberitahu Umar bahawa anaknya dalam keadaan kritikal. Mujur saja dia telah menyudahkan solat.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now