Bab 63

1.3K 53 2
                                    

WAKTU berputar seperti biasa. Sekarang semua pelajar dalam proses ‘struggle kuasa 4’. Speed semakin laju! Takde dah pusingan U segala. Straight to the point buat masa ini. Menimbun set-set soalan ramalan, last-last-last year paper, kertas percubaan negeri-negeri lain dan edaran dari para guru sampai nak termuntah aku dibuatnya. Juling mata!

Kertas yang berselerakan atas meja dipandang bosan sebelum rebah. “Give up. Tak larat dah.” Separus nafas aku menuturkan.

Wana mencemik. “Baru sikit dah mengalah.”

“Sikit kau kata? Aku rasa nak muntah tau tak?”

Come on, girl. Biar penat sekarang, nanti dapat ganjaran kemudian hari. Lagipun tahun ni tahun terakhir kita bersekolah. Next year tak ada lagi dah feel like this.”

Aku pejam mata. Rasa berpinar di sekeliling. Nampak bayang-bayang angry bird di sekitar.

“Mai.” Suara Khairul tiba-tiba menjengah di cuping telinga.

“Apa?” malas aku bersuara. Apa sajalah mamat bertuah. Tak kacau hidup orang tak boleh ke?

“Farhan kat luar.” Spontan mataku celik. “…dia nak jumpa kau.” terbuntang mata aku.

“Kenapa?”

Khairul angkat bahu. Aku tenung wajahnya. Memang serius tak tahu! Kawan-kawan yang lain turut memandang dengan tanda tanya. Penuh rasa curiga aku bangkit dari kerusi. Teroleng badan sedikit akibat tak seimbang dan berdiri betul-betul.

“Apahal?” Farhan tilik atas bawah bikin seram satu badan. Aku dah lama berhasrat nak cucuk biji mata dia tu tau! Tapi tak sampai hati.

“Ikut aku.”

“Pergi mana?” ek ena mamat ni… lu fikir lu sapa nak suruh wa ikut lu

“Ikut aje la!” desak Farhan garang. Aku mencebik meluat. Suka memaksa! Aku masuk kelas semula, memberitahu Khairul aku nak keluar atas arahan ketua pengawas kesayangan dia tu. Selepas menggantung pas pelajar di leher, aku membuntuti langkahnya hingga ke bangunan pengetua.

Err… teragak-agak aku merenung dia yang sedang menanggalkan sepatu hitam. “Farhan,” dia toleh. “…buat apa dekat sini?” soalku ragu-ragu. Serius aku masih tak dapat tangkap tujuan dia bawa aku ke bangunan ini dan sekarang berdiri di hadapan bilik pengetua??!!

Farhan mendongak ke atas sebelum memasukkan tangan dalam kocek. “Kalau nak tau, buka kasut, masuk dan dengar sendiri. Ini soal hidup dan mati engkau.” Kelihatannya dia seperti menyembunyikan sesuatu.

Berkerut dahi aku. Apa maksud dia sebenarnya? “Hidup mati? Apa ni?”

“Masuk dan kita bercerita di dalam.” Arahnya tegas lalu menolak pintu kaca tinted.

Aku masih terpinga-pinga. Bercerita? Tapi kenapa di bilik pengetua? Namun kuturutkan sahaja kata-katanya kerana ada sesuatu menjentik tangkai hati. Soal hidup dan mati? Aku kena buang sekolah ke? Tapi aku tak buat apa-apa kesalahan berat pun. Ya Allah… selamatkanlah aku… sempat aku menitip doa.

“Assalamualaikum,” sapaku takut-takut. Ini ialah kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam bilik pengetua selama aku bersekolah di sini! Bilik yang besar, set sofa dan rak buku, pingat-pingat dan darjah kebesaran di sudut kiri, penghawa dingin, satu pintu; mungkin bilik air dan meja pengetua.

Seisi penghuni menjawab salamku. Seorang lelaki sebaya abah mempersilakan aku duduk. “Waalaikumussalam. Silakan duduk Humairah.” Perlahan aku tarik kerusi dan duduk.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now