Bab 51

1.3K 48 0
                                    


LAMAN Yahoo ditutup. Tangan diudara manakala badan digeliatkan hingga berdetup detap bunyi tulang. Mulut sedari tadi asyik menguap tak berhenti namun kerana tuntutan kerja dia sanggup tak tidur malam. Tugas utama setiap hari adalah email. Setiap pagi dan malam, Farhan akan melihat email yang masuk ke akaunnya. Tentunya ada kerja untuk setiap post. Lebih-lebih lagi selepas dia memegang jawatan ketua pengawas. Masalah tak pernah berkesudahan. Mula-mula masuk dalam bidang pengawas ini, dia hanya tanam dalam diri ingin mendisiplinkan pelajar dan membantu guru membanteras masalah-masalah vandelisme sebab Farhan amat bencikan vandelisme. Tetapi lama kelamaan exco pengawas menaikkan pangkatnya sebagai setiausaha pengawas diawal tingkatan tiga. Cikgu Badri melihat prestasinya semakin lama semakin meningkat. Setiap anak buah dibawah seliaannya begitu disiplin dan mendengar kata. Jadi tak salahlah pilihan guru lelaki berusia 55 tahun itu menjadikan anak muda itu sebagai headprefect sekolah.

Muka dicuci dahulu sebelum mengambil wudhu’. Saat itu dia terbayang ‘jiran sebelah’ biliknya. Maha suci Allah yang mencantikkan makhlukNYA. Sebetulnya dia tidak dapat melupakan bagaimana rupa gadis itu yang tak bertutup aurat. Sangat cantik. Natural beauty tanpa secalit mekap pun. Hatinya bergetar tak menentu.

“Astaghfirullah! Apa yang kau fikirkan ni, angah? Sedar angah! Sedar. Dia bukan muhrim kau!” segera bibirnya beristighfar kembali ke jalan yang lurus.

 Lampu utama dipadam dan lampu tidur dinyalakan. Kepala direbah ke bantal. Fikirannya terlayang pula pada perempuan yang melanggar dirinya di pasar malam. Nazatul Shyafiqa… satu nama yang sudah dibuang jauh sejak peristiwa itu terjadi. Kenapa kau muncul depan aku selepas apa yang berlaku? Mata dipejam rapat.  Cuba mencari kekuatan.

Allah, kenapa aku perlu ingatkan perempuan itu lagi? Dia dah lenyap dalam hidup aku! Jangan sesekali fikir benda dah lepas, Han. Tumpukan pada masa depan kau. Humairah adalah masa depan kau! Dia tu kenangan silam kau aje. Hatinya berkata. Pada waktu itu juga, telefonnya berdering. Farhan tercelik lantas meraba dibawah bantal.

Private number

Farhan mengecilkan mata. Hilang sudah pasal Nazatul. ‘Sape pulak la yang call orang tengah malam ni?’ omel Farhan. Telefon itu berhenti berdering. Tak sampai lima saat, ia berbunyi semula. Farhan terus tekan butang hijau.

“Hello…”

“Assalamualaikum. Who’s on the line?” sengaja Farhan menggunakan bahasa Inggeris. Manalah tau tuptup orang Australia tetiba call. Entah-entah along. Sekarang makin ramai yang menggunakan private number baik dalam negara mahupun luar negara.

“Err… waalaikumsalam,” suara perempuan kedengaran. Lunak merdu suaranya.

“Boleh saya bercakap dengan Tengku Amirul Farhan?” lahhhh… pandai cakap Melayu rupanya. Buat penat je aku dok speaking tadi. Tapi … eh! Macam mana dia tahu nama aku? Farhan kehairanan. Siapa agaknya? Kawan sekolahkah?

“Siapa ditalian sana?” penuh berhemah Farhan menutur kata.

“Err… betulkan ini nombor telefon Amirul Farhan?” si penyoal menyoal lagi buat kali kedua.

“Again who’s speaking?” tegas suaranya. Farhan rasa dirinya dipermainkan. Siapa makhluk Allah yang menelefon dia ni? Dah tu daripada tadi tak sudah-sudah menanyakan dirinya sama ada dia Farhan atau bukan. Takkan pelajar perempuan kelasnya? Setahu dia, tidak pernah sekalipun dia memberi nombornya pada mereka. Hanya tertentu saja. Sekilas jam loceng dipandang.

Terdengar tawa dari gadis itu. “Tekalah.”

Farhan menitip sabar dalam jiwa. Kalau tidak, macam kelmarin. Habis pintu ditumbuknya! Nak main-main dengan aku pulak. Tahu tak orang nak tidur? Isk ada jugak yang suka jadi burung hantu. Dengusnya.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now