27

2.5K 157 27
                                    

KALAU fikir balik, dah gaya rupa summer fling pun ada. Tapi Malaysia ni summer sepanjang tahun kut!

Tapi... gaya macam fling sangatlah pun kan. Sarkastik suara tu menyela dalam kepala. Acquaintance and companionship kut ada. Yani geleng kepala. Dah bunyi gaya Austen feat. Bronte.

Pawana-Search sayup-sayup kedengaran daripada speaker di dapur, berselang dengan bunyi blenderEman. Yani pandang helaian-helaian kertas yang penuh berconteng di atas meja di depannya. Mata lekat pada kertas yang atas sekali.

"Actually, Garpu & Camca pun boleh je kalau nak buat themes."

Seolah-olah terdengar balik perbualan tu.

"Kenapa tak buat Today's Special ikut tema bangsa, or negara kalau nak buat gaya selera antarabangsa. Let's say... Isnin untuk Japanese. Boleh letak soba, ramen, udon dengan susyi untuk Today's Special menu. Selasa katakan untuk Italian. Boleh letak pizza and pasta varieties... dan masa yang sama menu biasa jalan je. Cuma offer different specials ikut hari."

Yani memutar pen di tangan dengan nafas panjang.

Monday

Japanese

Sushi

Soba

Tempura

Ramen

Udon

Takoyaki

Okonomiyaki

Tuesday

Italian

Pizza

Lasagne

Pasta varieties

Gelato

Tiramisu

Cannoli

Wednesday

Spanish

Paella

Croquette

Tapas bar

Churros

Virgin sangria

Thursday

Thai

Pad see ew

Pad thai

Tom yam gung

Tom kha kai

Som tam

Yam nua

Friday

Off

Saturday

Mexican

Chilaquiles

Nacho

Burrito

Enchiladas

Taco

Bandito

Sunday

Melayu

Nasi kerabu

Nasi dagang

Nasi daging Utara

Laksa Johor

Laksa Penang

Mi udang




"SEMALAM ada datang cari?"

Husna angguk. "Dia orang cakap balik awal."

"Ada hal." Yani cepat pendekkan cerita.

Husna angguk lagi.

"Cari kenapa?"

"Nak pulangkan ni." Husna letak beg plastik Rune's Regatta yang besar berisi di atas meja.

Ui? Yani pandang beg plastik tu dan Husna silih berganti. "Pulangkan apa ni?"

"Mangkuk tingkat hari tu."

"Oh."

"Ada cookies dalam tu." Husna beritahu.

Yani renung Husna. Gadis tu dah tenung meja. "Kejap." Ujarnya sambil bangun ke arah kaunter bayaran. Dia capai beg kertas yang berlipat di sebelah cash register. Kemudian kembali ke meja. Dia kembali duduk sambil mengeluarkan isi beg kertas tu.

"Nah."

Husna merenung skarf mafela yang berlipat di tangan Yani. Bercorak kotak-kotak perang-putih-biru.

"Kat Malaysia tak boleh nak pakai pun. Panas. Winter pun tak ada kat sini." Yani angkat sebelah bahu. "But it helped keeping me warm through all the winters masa belajar dulu."

Husna angkat muka merenung Yani. "Winter?"

"Penn State." Yani senyum sambil angkat bahu.

"Oh."

Mafela tu bertukar tangan.

"Terima kasih." Husna pandang benang bulu kait di hujung jari.

"Ada lagi satu." Tangan Yani sekali lagi hilang di dalam beg kertas tu.

Eh?

"Nah." Tangan Yani menghulur.

"Sudu?" Dengan muka tak faham Husna menyambut.

"Camca." Yani membetulkan.

"Nak buat apa sudu camca ni?" Sedikit berkerut dahi Husna.

"Saya simpan yang ni." Yani menunjukkan garpu di tangan. Pasangan kepada sudu di tangan Husna. "Saya simpan garpu, awak simpan camca."

"Huh?"

"Dan saya tunggu awak balik di Garpu & Camca."

"Oh." Dah faham.

"Yep. Oh."

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now