23

2.7K 148 5
                                    

KADANG-KADANG, apabila dah dikelilingi dengan masakan kedai yang meriah terlebih, akan rasa memang dah tak larat nak tengok dah. Apatah lagi nak telan. Cemuih bak kata orang Utara.

Dan dia lebih suka mencari benda-benda yang 'messy'. Homecooked yang bukan fancy. Yang biasa-biasa. Mudah. Simple. Serabut. Tak cantik tak sempurna tapi membawa rumus comfort food sebagai erti. Itu baru betul ohsemperit. Kerana semperit memang sesuatu yang awesome/osem dan sesuatu yang awesome/osem hanya boleh diumpamakan dengan semperit. Ya, ini daftar kata kamus Ahmad Yani Ahmad Rosli.

Rindu la pulak nak makan semperit hasil tangan mak.

Kepala cepat-cepat dia geleng, menghilangkan biasan rasa yang mula nak menyesakkan dada.

Mi kuning dicelur dengan air panas. Ditoskan dalam penapis besi. Kacang buncis dan daun saderi dicencang halus, kemudian dicampak ke dalam penapis bersama mi. Yani capai pula cili merah. Dihiris halus juga. Dan kemudian juga dicampak ke dalam penapis mi. Botol lada sulah dan garam ditarik keluar dari rak dengan tangan kiri kanan. Sama-sama digoncang rata ke atas campuran mi dan sayur cencang tadi. Botol lada sulah dan garam dikembalikan ke tempatnya. Tangan kanan kemudian menggaul kandungan tapis besi tu. Isi ayam separuh masak yang tadi dah ditumis dengan bawang dimasukkan ke dalam tapis. Digaul lagi. Isi tapis kemudian dituang ke dalam mangkuk berisi telur yang dah dipukul.

Kuali dipanaskan dengan minyak. Isi mangkuk dituang ke dalam minyak. Berdesir bunyinya dengan bau semerbak naik. Segalanya dibuat dalam auto-pilot dengan kepala kosong.

Martabak mi yang sedikit berkecai dan tak ada rupa segi empat tu diisi ke dalam pinggan. Lambat-lambat Yani tarik kerusi. Lambat-lambat juga dia duduk melabuhkan badan. Seketika dia termenung merenung isi pinggan di atas meja makan tu.

Masakan breakfast yang mak selalu buat apabila dia balik bercuti. Setiap kali dia balik. Seminggu yang pertama memang tiap-tiap pagi mak akan masak ni. Sampai orang lain seisi rumah tak larat nak telan.

Garpu dicapai. Isi pinggan dibawa ke mulut. Letupan rasa di lidah buatkan memori meledak juga. Ledakan yang mampu meruntuh empangan.

Mak, abang rindu, mak. Abang rindu.

Sangat. Sangat-sangat.

Bening hangat yang terasa menuruni pipi dibiar tanpa diseka. Masin yang terasa di pinggir bibir sah bukan datangnya daripada garam dalam mi. Mi yang kini terasa berbuku nak menuruni tekak.

Ijat masih di rumah ibu abah. Esok baru dia balik sini. Dua hari yang pertama sendirian, masih boleh segala kenangan ditepis dengan kesibukan. Masuk hari ketiga, sunyi rumah ni memang boleh membunuh. Ini pertama kali dia duduk rumah ni sendirian untuk tempoh masa lebih daripada tiga hari sejak rumah ni hilang warga. Kalau Ijat balik kampung sebelum ni, memang dengan dia sekali angkut beg baju.

Nafas panjang dihela. Martabak yang tak luak dimakan tu dipandangnya. Selera dah mati. Tudung saji di atas meja diangkat. Pinggan yang masih penuh tu ditolak ke sebelah mangkuk yang juga berisi penuh dengan sambal terung ikan bilis yang dibuat malam tadi. Juga tak mampu menuruni tekak selepas suapan pertama. Kerusi ditolak ke belakang sambil dia berdiri. Langkah dihala ke ruang tamu.

Tubuh dilabuhkan bersila di depan salah satu rak buku yang bersusun di ruang tu. Hujung jemari menyentuh susunan paling bawah yang dah berhabuk bersawang. Yani tarik nafas panjang. Ditarik salah satu buku yang dah kekuningan tu.

Dokter Haslinda. Bibir mengukir senyum tawar. Asal-usul nama Kak Inda.

Ayah sangat suka membaca. Sangat-sangat suka. Segala jenis benda, segala bahasa. Mungkin kerana itu tumpahnya ke atas dia dan Kak Inda. Anwar mengikut mak, suka memasak. Dan ayah sangat-sangat suka buku-buku Indonesia. Bahasa lebih halus katanya. Sampai sudahnya nama anak-anak pun jatuh badi daripada bacaannya. Ikut nasib la masa mak tengah mengandung tu buku apa yang tengah dibacanya.

Waktu mak mengandungkan Kak Inda dulu, ayah tengah baca buku tulisan Rivai Marlaut fasal doktor wanita muda Indonesia yang jadi salah seorang pejuang revolusi lawan penjajahan. Maka bertandalah memori buku tu pada si anak sulung. Kalau lelaki mungkin namanya jadi Johan, nama hero buku tu.

Masa mak mengandungkan dia, ayah tengah baca Ahmad Yani: Sebuah Kenang Kenangan. Tulisan ibunya si tuan jeneral yang terkorban itu.

Masa mak mengandungkan Anwar pula ayah tengah mengkhatamkan puisi-puisi Chairil Anwar. Pulanglah Dia Si Anak Hilang, itu antara koleksi yang paling ayah sayang. Yang ayah lebih sayang berbanding Aku Ini Binatang Jalang.

Home alone. Dan dada makin sesak.

Cepat Yani geleng. Tak boleh jadi ni. Buku di riba dikembalikan ke tempatnya. Dia bangun.

Terus capai kunci rumah dan kunci kereta.



"BOLEH saya bantu?"

"Macam mana nak daftar jadi volunteers di Paediatric Wards?"

"Uh... boleh pergi daftar kat hospital."

"Jom."

"Eh?"

"Dating pergi hospital."

Kegilaan! "I don't date." Automatik jawapan tu keluar. Wajah Husna sedikit berkerut dengan pipi merahnya.

"Oh." Yani terdiam sejenak. Dia kemudian menggosok dagu sambil pandang ke langit. "No date?" Dia kembali pandang Husna.

Husna geleng.

"How about dates then?" Sengaja ditekan 's' untuk plural tu. Secara teknikal, itu dah dikira dua entiti berbeza.

Gila betul lelaki ni!

"Tak payah la buat muka macam tu."

Husna masih pandang Yani atas bawah. "Okey ke tak ni?" Restless semacam.

Yani tak menjawab. Pandangannya melepasi bahu Husna, pada papan hitam di sebelah kaunter bayaran. "Esok eh forum?" Matanya membaca pengumuman promosi untuk forum kali ni.

Kali ni betul Husna muka cuak. "Jangan buat lawak nak lupa!" Bulat matanya. "Kan hari tu kita orang dah letak order untuk refreshments?"

Yani senyum. Nampak macam meyakinkan. Tapi kalau Ijat yang nampak memang sah dia jerit 'plastik!'.

Husna masih merenungnya.

"Mana ada lupa." 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now