16

2.7K 144 3
                                    

"DOSTOYEVSKY is too depressing. Too philosophical." Monotoni suara Ijat menegur dengan mata di TV. "Yang kau senyum sensorang macam tengah baca Austen punya Pride and Prejudice tu dah kenapa?" Ayat sambungan Ijat tu sarkastik membunuh sungguh bunyinya.

"And Citizen Kane is all sunshine and roses, and mindless plot?" Kening Yani terangkat sebelah. Tapi mata masih juga mengikuti dialog antara Myshkin dan Aglaya bertegang urat kerana Nastasya pada buku di tangannya. Bibir yang tadi di bawah sedar melengkung ke atas ditarik jadi garis semula. Nastasya Filipovna Barashkova ni dah dibaca macam Natasya Husna. Bahaya!

"Jawapan tak menjawab soalan." Mata Ijat tak beralih daripada temu bual antara Thompson dan Leland di skrin TV; perjalanan Thompson nak menghurai misteri 'rosebud' yang buatkan kematian Kane tambah sensasi. Filem ni memang dia dah ulang banyak kali. Tapi masih tak boleh nak lawan filem-filem P. Ramlee.

Yani buat pekak.

"Aku pun lepas ni nak ngurat dengan hantar cookies la. Macam menjadi je."

"Chait! Diam!"

Haha. Meriah Ijat gelak.

Yani pandang TV sekilas. "Kau tengok Citizen Kane tu dah nak masuk seratus kali kut." Dia buat muka bosan.

"Kau baca The Idiot tu sampai dah nak rabun kut."

"Aku tak rabun la!" Yani dah cerun mata.

"Newsflash, bro." Ijat peluk tubuh sambil baring dengan mata masih pada Citizen Kane di TV. "Kau rabun malam."

Yani merengus.

"Siapa nama perempuan dalam The Idiot tu?"

Yani buat tak dengar. The Idiot dia campak tepi. Yani terus capai The Magic Faraway Tree. Konon buat decoy.

"Nastasya... Husna Filipovna Barashkova. Macam sedap je bunyinya."

Muka Yani berkerut.

Ijat alih mata pandang Yani. "Lorat ah. Tak payah nak teruk sangat muka tu."

Kerut di wajah Yani dah tambah kusut.

"Kau dah kenapa?" Muka Ijat pun dah naik berkerut juga.

"Weh, perut aku sakit." 

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now