7

3.1K 159 4
                                    

IJAT meletakkan mug berasap nipis di tangan kanan ke meja. 

Yani angkat muka. "Thanks."

Ijat angguk. Dia menarik kerusi di sebelah Yani. Mug minuman sendiri di tangan kiri beralih ke tangan kanan. "Banyak lagi?"

Yani angkat sebelah bahu sambil tangan sekejap menulis dan sekejap menekan kalkulator. "Nak finalizebil bulan ni."

Ijat menarik salah satu helaian senarai inventori barang basah.

"Ni produce list untuk minggu depan, kan?" Mata Ijat berlari meniti baris-baris barang To Buy yang bersusun tu.

"Hmm."

Seketika hanya bunyi butang kalkulator ditekan yang berselang dengan bunyi jarum jam dinding yang mengisi ruang.

"Yani." Ijat pusing mug di tangan. Temannya tu dipandang dengan hujung mata.

"Hmm?"

"Dah lewat. Dah nak pukul satu." Ijat alih pandang jam di dinding.

"Sikit lagi." Yani tak angkat muka.

"Sudah tu."

"Hmm." Tapi mata masih juga tak berhenti berlari meneliti senarai yang bersusun di tangan.

"Kau jangan push diri kuat sangat." Rendah suara Ijat. "Diri tu kena jaga jugak." Sambungnya dengan nada tak berubah.

Bacaan Yani terhenti. Lambat-lambat senarai bil untuk bahan-bahan pastri di tangannya diletak ke meja. Tapi muka masih tak dialih.

"Tak lari produce list tu pagi esok pun."

Yani masih tak menjawab.

"Aku kisah." Suara Ijat masih rendah datar.

"Aku tau." Suara Yani tanpa nada.

Sepi tiga saat.

Yani tarik nafas panjang-panjang. Kemudian dilepaskan lanjut-lanjut. Tubuh disandarkan ke belakang kerusi. Kedua-dua belah tangan didaratkan ke meja. Mata dipaku ke situ dengan renungan kosong. "Tinggal ni je yang aku ada, Ijat." Antara terdengar dan tidak suara Yani keluar. "Ni je yang aku ada."

Seketika Ijat diam. Tak terus menjawab. Kemudian tangannya dibawa mendarat ke bahu kiri Yani. "You sure do them proud." Bahu tu ditepuknya. Berulang kali. "Dia orang bangga dengan kau."

Mata yang terasa hangat pedih dipejam-celikkan. Nafas panjang ditarik.

Ijat faham tanpa perlu diberitahu. Bahu Yani ditepuk sekali lagi sebelum dia bangun berlalu membawa mugnya yang masih berisi dan memanjat tangga. Memberi ruang dan masa.

Yani merenung helaian kertas yang berterabur di atas meja di depan mata. Tapi hanya dengan pandangan mata kosong yang tak mencerna apa-apa. Mata dipejamkan. Terasa macam terdengar-dengar suara gelak ketawa dan usikan yang dulu tak pernah sunyi mengisi segenap ruang rumah ni, dan ruang di Garpu & Camca. Yang kini sampai kiamat pun bunyi suara-suara tu takkan kedengaran lagi.

Bersendirian memang sebenarnya mencari nahas. Kerana apabila sendiri, perasaan akan diamukkan memori. Dia hanya mampu mengucap syukur apabila Ijat memutuskan untuk pindah masuk rumah ni suatu ketika dulu. Dia hanya mampu tahan air mata sebelum buat drama sebabak apabila Ijat sebulan selepas pindah masuk tu keluar statement: 'Biar aku jadi manager kat Garpu & Camca'.

Memang dia tadah nyiru dan Dataran Merdeka pada tawaran Ijat tu, tak cukup dengan tapak tangan.

Hujung telunjuk menguis pen yang dah tergolek ke tepi Srengenge dan Hikayat Pendawa Lima yang berselang tindih dengan Bidasari di atas meja. Kulit depan Srengenge yang sedikit terbuka tu menunjukkan nama pemiliknya yang bertulis dengan dakwat hitam yang hampir pudar.

Ahmad Rosli bin Hamzah.

Yani meraup wajah. A good distraction would be great, just about now

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now