25

2.7K 156 17
                                    

INI betul macam scene dalam movie. Apabila orang jahat gelak hahahahaha sebelum riwayat dia kena tamat dengan adiwira.

"You done?" Yani garu belakang kepala.

"Maaf, tapi saya tak rasa forum ni untuk tuan." Ketawa keji tu masih bersisa. Tangan kanannya diangkat ke arah papan hitam di sudut Magic Carpet Corner yang bertulis kapur dengan tajuk forum – Budaya Membaca Yang Hilang: Mentaliti dan Realiti. "Diskusi buku kanak-kanak bukan untuk perbincangan hari ni."

Kening Yani terangkat sebelah. "Touché." Dia angguk. "Tapi pernyataan tuan sebentar tadi mencerminkan mentaliti maha sempit. Seolah-olah buku kanak-kanak tiada nilai. Cerminan daripada bacaan tuan yang hanya berlegar sekitar Dostoyevsky, Kafka, Murakami dan Hugo?"

Sekali lagi ruang Magic Carpet Corner tu sepi tersampuk. Reaksi Si Ayo Kezambo terus jadi beku bisu.

"I am not saying that reading Kafka, Murakami and the lot tu benda yang salah." Yani tarik kaki yang tadi berlunjur. "Tapi mengapa kalau baca Blyton... dan Nicholas Sparks even... dikira rendah, dan seolah-olah salah dan jenayah?"

"Awak kata awak tak suka Sparks." Rendah suara Husna di sebelahnya.

"Tapi saya tak kata saya tak baca." Nada Yani membalas juga sama. Dia senyum segaris.

Makin mencerun tajam mata si panel merenung mereka berdua.

"Sparks?" Mencemuh sungguh nada tu. "Itulah blasphemy kepada budaya membaca!Populis! Pembaca stereotype!"

Yani dan Husna terus pandang depan. Kening Husna terangkat tinggi. Senyum di bibir Yani masih tak padam. Kecamuk tak keruan di dada yang dah melarat berhari-hari masih belum benar-benar surut. Dan memang sedang mencari jalan untuk melahar keluar.

"Those kind of books that solely play with the emotions of the readers and nothing else, it has no purpose! Like Sparks! Of plots that revolve around who is going to end up with whom, that you can totally tell from the first page! And the roller-coaster of emotions and romantic notions... pure rubbish and waste of time!" Marah benar nampaknya Si Ayo Kezambo, sampai dah tak pakai bahasa Melayu. "The same storyline recycled over and over and over again."

Yani menunggu semburan yang meledak-ledak tu habis. Apabila dilihatnya lelaki di kerusi panel tu berhenti dan tarik nafas, matanya bersinar dengan senyum jerung. Nampaknya telah ditakdirkan untuk Si Ayo Kezambo ni jadi korban agaknya. Siap kau.

"I.Am.Disappointed." Sepatah-sepatah ayat tu keluar daripada mulut.

Muka Si Ayo Kezambo terus menyirap darah mendengarkan kata-kata tu. Yani buat tak nampak.

"Because I am surprised that the panelist was deliberately looking for the essence of romantic notions in a book, which in my opinion is totally hackneyed... and predictable? Shallow even. Well, it's either you're stereotyping me, or me here stereotyping you as the stereotype reader."

Merah ada pelbagai darjah. Kalau tadi merah kulit buah perah, ni dah merah daun sirih kena kunyah.

"Premise A: I'm not a big fan of romance. Premise B: But most readers are. Conclusion: Hence it seems like for the writers to have people reading their stuff, love element is almost a definite answer. As a commercial value, attraction force." Yani membetulkan letak sandar dan lunjuran kaki.

Mamat Ayo Kezambo tu turut sama menegakkan posisi duduknya.

"Yes, that particular idea might seem trite and trivial to the 'elite readers' or 'literary snobs'." Yani membuat tanda air-quote dengan kedua-dua tangan sambil menyambung ucaptamanya. "But to belittle the emotions and ideas of others in such condescending manner, that is just totally petty and unbecoming, no?" Tajam cerun mata Yani kontra langsung dengan senyum senang di bibirnya. Nada suara Yani senang sepoi bahasa tapi sinar matanya dingin tajam macam musim sejuk di Siberia. "Seorang yang faham erti bahasa dan sastera, cerminannya boleh dilihat pada budi bahasa." Sambungnya. "Ini bukan saya yang cakap. Itu petikan daripada kata-kata Professor Muhammad Haji Salleh. Kenal?"

Garpu & CamcaWhere stories live. Discover now