Oleanders High School. Sekolah di mana seorang Alissa Dirwanta ditawarkan untuk masuk. Sekolah yang hanya ada sebuah kelas sahaja. Sangat pelik. Tambahan pula, letak sekolah itu adalah ditempat yang sangat terpencil. Dikelilingi dengan pokok-pokok hijau. Yang tambah pelik lagi, setiap awal bulan akan diadakan sebuah game yang dinamakan... Aurora Game. Game yang akan menetukan level kita di Oleanders High School. Ada tiga level iaitu Queen Level, Ordinary Level dan Invisibility Level. Yang Alissa tahu, game itu terlampau mengarut dan tidak masuk dek akal. Level teratas iaitu Queen Level akan mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka yang berada di Queen Level ialah tiga orang terawal yang berjaya menyelesaikan Aurora Game. Persis Ratu, apa yang mereka inginkan, mereka akan dapat. Apa sahaja yang mereka lakukan tidak pernah langsung dipersoalkan oleh Madam. Itu yang akan membuatkan mereka semakin naik tanduk. Tapi kalau kita di Invisibility Level, kita akan bagaimana? Kita akan jadi halimunan. Atau lebih tepat lagi, kita akan dipulaukan dan akan dianggap tidak wujud oleh orang sekeliling seperti halimunan. Hanya seorang sahaja yang akan berada di Invisibility Level. Seseorang yang paling akhir menyelesaikan Aurora Game. Jadi kalau tidak mahu berakhir di Invisibility Level, kita perlu menyelesaikan Aurora Game dengan cepat dan pantas. - [ Thriller + Action + Mystery ] Start : 6 April 2024 End : Warning! { Contains harsh words } ⚠️ { Plagiarism is not allowed } ⚠️